Wednesday, August 26, 2009

Kejayaan Penuh Barakah Start Dari Awal Lagi....



Setiap kejayaan yang dilakar oleh seseorang kebanyakkannya bermula dari usaha yang dilakukan sejak awal2 lagi....Namun, ada juga sesetengah mereka yang dianugerahkan oleh Allah dengan tahap intelektual tinggi sehingga kita sendiri tidak pernah melihatnya study tetapi result tetap maintain....Nikmat kegeniusan itu diberikan Allah kepadanya agar digunakan sebaiknya....Beruntunglah sekiranya dia mempergunakannya untuk kepentingan Islam...

Barakahnya kejayaan sepertimana dikatakan sebelum ini, harus bermula dari awal...tidak kiralah barakah dalam kerja, permbelajaran atau sebaliknya....Namun perlu diingat, segala sesuatu yang ingin dilakukan mestilah bermula dengan niat yang betul...Perbetulkan niat anda...Jangan pula niat kita terpesong terus dari syariat Allah..

Mengenai barakahnya kejayaan, saya ingin kongsikan mengenai Nik Nur Madihah, kejayaanya dalam memartabatkan dengan gahnya nama Islam di mata masyarakat Malaysia....Mewarnai kemanisan beribadah dan mengikut sunnah Rasulullah dimana2 dada akhbar atau majalah di bumi Malaysia...berkongsi pengalaman yang jarang sekali ada pada setiap pelajar zaman ini...zaman penuh mencabar...

Sewajarnya saya ingin kita selami bagaimana kehidupan seorang muslimah dari Kelantan ini yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah, ibubapa dan sahabat2 di sekolah, sanak saudara dan jiran tetangga....Saya sendiri akui betapa sukarnya menjadi seorang Nik Nur Madihah tanpa pengawasan ketat ibubapanya disamping guru2 sekolah yang senantiasa membantunya sehingga mencapai kejayaan cemerlang SPM, 20A..19A1 dan 1A2...

Alhamdulillah, selepas Siti Fatimah, juga Kelantanese yang turut dinobatkan pelajar terbaik SPM, Nik Nur Madihah rupanya mencuri hati saya berkongsi kehidupan seharian sepanjang bergelar pelajar, anak, masyarakat yang sentiasa menyeimbangkan antara dunia dan akhirat....Dia, muslimah yang mahu membuktikan pada masyarakat, kemiskinan bukanlah penghalang kejayaan jika kita bijak mengolahnya menjadi peluang dan batu loncatan untuk berjaya...kemiskinan juga mendekatkan diri pada Allah dan menyelamatkan dari kelalaian berpanjangan....MasyaAllah..

Membedah majalah ANIS, saya tersentuh dengan semangat Hijjaz Group untuk menerbitkan buku mengenai kejayaaan Madihah sekaligus mencadangkan anak gadis Abu Hassan Morad, Ummu Hani ke Kelantan lantaran Madihah belum balik dari Makkah bersama keluarga mengerjakan umrah, juga tajaan Hijjaz Group...Ummu Hani, berbekalkan segala pembelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Hijjaz terus ke Kelantan, kampung asal Madihah...

Bayangkan ketika berada di sana, mereka hanya menemui guru2 dan sanak saudara Madihah,namun feedback yang diberikan amatlah memberansangkan...seolah2 Ummu Hani sendiri yang interview Madihah...Madihah, diambil berat oleh gurunya selepas dia mendapat keputusan cemerlang dalam PMR...gurunya mengetahui kesusahan hidup Madihah dan mereka mengutip duit dikalangan guru2 bagi membantu Madihah dalam pembelajaran...Kalau tidak silap saya, Madihah hanya dibekalkan 50 sen setiap kali kesekolah...Kesusahan keluarga, ditambah dengan Madihah sebagai anak sulung menuntut Madihah berkorban demi adik2...selalunya Madihah akan berpuasa mengikut sunnah Rasulullah....Katanya dengan berpuasa, dia dapat mengelakkan diri beratur membeli makanan dan impaknya dia mempunyai masa yang panjang berbanding sahabat2nya yang lain...Sungguh Madihah amat mementingkan masa walau sesaat...

Pernah ayahnya ditanya, bagaimana sukar atau senangnya menjaga Madihah dan adik2nya...Ayahnya menyatakan Madihah tidak banyak kerenah, jika memang mereka tiada duit nak diberikan pada Madihah, Madihah lebih suka berpuasa, tidak pernah dipertikaikan mengenai kesusahan dan kemiskinan yang mereka lalui...Ayahnya seorang nelayan, yang sentiasa menyabung nyawa meredah lautan setiap hari....Kata ibunya pula, dia bukanlah pandai sangat mengenai agama, tetapi makan minum anak2 memang dijaga rapi....Madihah dan adik2nya tidak digalakkan makan di luar seperti restoran dan sebagainya...Bahkan ayahnya mengiyakan dengan mengatakan....Air tangan ibu mereka untuk Madihah dan adik2nya lebih baik dari diluar...Kita tidak tahu bagaimana makanan diluar sana tetapi bila ibunya masak untuk anak2 lagi berkat....

Jadi tidak hairanlah kita jika segala keberkatan kecemerlangan Madihah bermula dari awal lagi, dari kecil sehingga besar, sentiasa berada di bawah pengawasan ibubapa yang mahukan yang terbaik untuk anak2 sehinggakan makanan yang akan menjadi 'malaqah' atau darah daging juga diambil kira...Bayangkanlah dengan keadaan sekarang, era penuh cabaran, kadang2 kita sendiri terlepas pandang bab2 makanan yang sememangnya sinonim di kalangan rakyat Malaysia, sedap terus makan!...tanpa memikirkan impaknya pada barakahnya kehidupan seharian kita...Ini kerana keberkatan itu tidak semestinya makanan itu diperolehi daripada wang haram sahaja, namun, dari segi penyediaan makanan juga perlu diambil kira...

Sebab itulah jika kita lihat sendiri, mana2 guru2 tahfiz atau mereka yang mementingkan hafalan sentiasa berjaga2 dalam bab makanan...rupanya perkara kecil itu memberi impak besar dalam pembentukkan sahsiah seseorang secara tidak langsung....Untuk itu saya ingin relatekan dengan kehidupan sebagai pelajar, sekiranya kita belajar, adanya unsur2 meniru, sehingga mendapat result yang hebat dan mantap...kemudian kita bekerja.....mendapat gaji atas tiket sijil yang diperoleh daripada kesan meniru tadi....agak2nya bila kita beli makanan untuk seisi rumah kita...adakah ianya berkat???...Fikir2 kanlah....

No comments:

Post a Comment