Sudah berlalu peringkat pertama Ramadhan yang membawa kerahmatan, disusuli pula dengan peringkat pertengahan iaitu mendapat keampunan dari Allah...MasyaAllah,semalam merupakan hari kemerdekaan Tanah Malaya...mungkin secara zahirnya negara kita sudah bebas dari penjajah...Namun, apa yang selalu orang tidak nampak adalah diri kita sendiri...Adakah diri kita bebas dari penjajahan rawasib-rawasib atau karat-karat jahiliyyah?? Itulah yang menjadi persoalan demi persoalan berbangkit sebenarnya...Adakah diri kita merdeka sepenuhnya dari perasaan cintakan dunia???...
Merdeka yang sebenar adalah merdeka jiwa, dari segala yang bersangkutan dengan kemaksiatan atau perkara2 dilarang keras oleh Allah...sepanjang bulan Ramadhan ini misalnya, adakah puasa kita sebagaimana orang awam..atau puasa kita khusus?..pilihan adalah di tangan kita, kita lah yang perlu mengorak langkah kehadapan dalam bermujahadah...
Puasa kita seharusnya bukan sahaja menahan lapar dan dahaga..malahan segala anggota badan kita turut berpuasa....Telinga, hidung, mulut, kaki, tangan kita sebetulnya juga berpuasa...Jangan di ingat hanya makan dan minum sahaja....Telinga seharusnya mendengar bahan2 tarbawi...Mulut juga di ingatkan agar tidak mengumpat dan berkata perkara2 yang lara, kaki tidak di halakan ke tempat kemaksiatan malah tangan digunakan sebaiknya, bukan melayari internet atau mata menonton cerita2 serta perkara yang bukan2, ini sekadar contoh.
Tidak ramai yang memperingatkan diri agar menjaga keseluruhan anggota badan kita, pancaindera kita agar ibadah puasa kita menjadi ibadah sempurna....Benar, kita hanya manusia biasa yang melakukan banyak kesilapan...oleh demikian apa yang penting adalah mencari sahabat2 yang sama dengan kita pemikirannya atau fikrahnya agar dapat memperingatkan kita dengan perkara2 sebegini...
Kadang2 apabila berpuasa, awal pagi sehabisnya kita menjaga puasa...mengaji al-Quran, bertahajjud, bersahur dilewatkan untuk mengikut sunnah, tetapi akhirnya tergadai puasa kita apabila tibanya di waktu petang, kita membeli makanan, berlebihan, pakaian yang nak dipakai ke bazar tidak menepati kehendak syara', kita leka membeli sampai terlupa makanan2 yang tidak perlu kita beli juga, tidak menjaga pandangan kita...Secara impliedly atau tak langsung kita telah mencacatkan atau mengurangkan pahala puasa kita...Nauzubillah....
Apabila tiba waktu malam, berbuka kita tidak mengikut kehendak syara', kita makan gelojoh pula, juga menunjukkan sahsiah Ramadhan yang dijaga pada siangnya hilang begitu sahaja...hanya mendapat penat dan dahaga....Ada juga sesetengah antara kita, datang bersolat terawih namun datang atas pelbagai niat...juga sia2...dari pahala yang berganda ditambah pula dengan berjemaah dibulan Ramadhan, rupa2nya disebabkan niat yang tidak betul, mendapat zero,kosong pahala...Adakah kita mahu menjadi golongan sebegini....
Ada yang datang dengan niat mahu menunjuk2 dia banyak buat amal ibadah di bulan puasa sehingga satu tahap menjadi riya', ada yang datang kerana terpaksa, ikut kawan, kalau tak ikut dia kata apa pula, ada juga datang kerana ustaz, ustaz baca sedap, best, takpun yang jadi imam, dia kenal lelaki itu....Sebenarnya bermacam2 lagi niat yang ada dalam setiap masing2....maka jika ia bukan kerana Allah, maka pahala yang dapat zero...hanya mendapat kepenatan sahaja....Nauzubillah...
Sedikit mengenai hukuman sebat ke atas Kartika, seorang model sambilan yang didapati bersalah minum arak, secara personal, saya tidak bersetuju dengan penangguhan hukuman sebat yang sepatutnya dijalankan walau mereka menyatakan alasannya kerana menghormati bulan Ramadhan....Ini kerana pada pendapat saya, kalau kita sendiri menghormati syariat yang diturunkan Allah, kerana menghormati bulan yang mulai inilah seharusnya hukuman dijalankan, barulah dikatakan menghormati bulam Ramadhan, kenapa perlu ditangguhkan. Seolah2 hukuman syariah lain, Ramadhan lain...
Saya cukup terharu apabila Kartika sendiri bersedia dari segi mental dan fizikal untuk dikenakan hukuman sebat ini, ia membuka mata banyak pihak dan disini kita dapat lihat siapa sebenarnya yang mahukan hukum Islam mahupun tidak...Kenapa perlu melibatkan negeri lain, untuk lakukan sebat diperintahkan di Penjara Kajang, sedangkan kes ini bawah state atau bidang kuasa negeri, sebat sahajalah di tempat dia dijatuhkan hukuman...
Sebat ini tidak perlu terlalu harshness atau kuat sehingga tekeluar isi daging, hanya sekadar dengan rotan yang biasa aja, kerana ini hanya pengajaran dan sebagai iktibar di dunia, selebihnya di akhirat kelak...Campur tangan pihak tidak berkenaan dengan kes ini perlu di abaikan, demi mengangkat martabat bidangkuasa Mahkamah Syariah itu sendiri...Wallahua'lam.
ini pula beita tentang sahibah yang meninggal..Al-fatihah..
This morning( 30/8/09) at around 330 am one of our sisters returned to be
with her Lord. Dr Norfiza Isa had been working in the A&E of the hospital I
am attached to. She was an exemplary colleague and in the course of her
duties she contracted HINI. This was on
9/8/2009. She was subsequently ventilated and had been on ventilator
since.Initially she developed rapid pneumonia, then ARDS, then liver,renal
impairment. She developed sepsis and succumbed this am.
Sedikit tambahan, hari ini adik saya akan mengambil Trial PMR, harap dapat doakan dia...ya..
No comments:
Post a Comment