Ia bermula dari semalam lagi, di setiap penjuru dalam rumah, bilik2, dapur dan luar rumah kami adakan amal jamaie....Bila fikir balik, teringat pula program khidmat masyarakat di luar especially ketika banjir paling teruk di Pekan tahun 2007 dan juga 2008...program khidmat masyarakat yang saya sertai sebagai sukarelawan...
Bila berada di sana, perasaan ingin menolong, membantu mereka2 yang berada dalam kesulitan ketika itu, bagi saya masyarakat di Pekan majoriti nya amat dhaif...semangat membuak-buak..jiwa remaja yang sentiasa mahu melakukan sesuatu yang baru apatah lagi dilakukan secara jamaie atau beramai2.....memang semangat betul time tu...
Bila pulang ke rumah, kadang2 tengok rumah sepah2 sikit, tetap buat tak tahu sampai adik2 pun cakap 'kak ngah ni buatla khidmat masyarakat kat rumah pula'....sampai macam tu adik2 cakap...sebab semua tahu saya susah nak berkata tidak bila di ajak dalam amal islami...bagi saya tiada istilah escape atau lari dari medan itu...kerana bila dah turun bekerja hati menjadi semakin yakin dan syuur makin bertambah....tapi bila aje kat rumah jadi lain pula...semangat tahap minimum untuk buat amal islami...ehe...penangan berada di Zon Selesa juga menjadi faktor diri semakin lesu....
Sedikit inzar buat sahabat2....jangan sesekali kita merasakan dosa yang di lakukan samada kecil apatah lagi yang besar sekadar seperti lalat yang hinggap di atas hidung...senang sahaja di tepis...tidak merasa takut dengan dosa..malah akan melakukannya lagi...tetapi jadilah kita merasai dosa2 seolah2 gunung menghempap kita...merasa begitu teruknya dosa dan takut dengan ancaman Allah....
Seorang Muslim perlu merasakan bahawa orang kafir jahiliyyah tidak akan berputus asa malah mereka sentiasa bekerja supaya kita akan mengikut mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga bila mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kita juga turut ikut mereka....Mu'min yang benar2 takut dengan ancaman Allah tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali...."Selamat Hari Raya buat semua...semoga antum dapat pulang beraya dengan selamat...jangan sesekali tinggal Allah di mana sahaja....
No comments:
Post a Comment