Wednesday, September 23, 2009
Sedikit Coretan Dari My Elder Bro- Bumi Syam
Assalamualikum wbt...
Allahu Akbar 7x,Alhamdulillah Hari Raya Aidilfitiri merupkan hari kemenangan umat islam. Pada hari ini juga umat islam digalakkan bertakbir,bertahmid dan berzikir memuji Allah swt sebanyak-banyaknya. Diharapkan madrasah Ramadhan yang kita lalui akn memberi 1001 sumber kekuatan untuk mentarbiah hati,jiwa n jasad untuk menjadi hamba Allah yg soleh dan musleh. Allah redha kita sebagai hambanya dan kita redha Allah sebagai Robb kita..insyaAllah.....
Pada hari hari raya pertama,lps solat subuh saya bersiap2 utk ke masjid utk solah sunat hari raya. Solat disini berlainan dengan waktu di malaysia kerana solat sunat hari raya di awalkan iaitu pada jam 7pagi. Saya solat di masjid Umar Abd Aziz bertentangan dengan Embassy Malaysia,Damascus. Hajatnya ingin bertemu murobbi(saya memanggil dengan gelaran Pak Sheikh) tetapi tidak kesampaian kerana dia ada mau'id(janji) di tempat lain. Alhamdulilah,lps solat saya terus pulang kerumah utk beraya dengan sahabat2 serumah...
Hari raya ke 2, lps solat subuh terus bersiap2 utk ke padang bola Nidol. Riadhah jamaie main bola sepak bersama sahabat2 selamat 2jam. Pada jam 12.30tengahari,saya bersiap2 ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia,Syria. Saya ditugaskan utk unit protokol.huhu.. Menguruskan VVIP,VIP dan umum...Alhamdulilah...ok. Boleh dikatakan lebih 400org rakyat Malaysia dan negara luar mengunjungi rumah terbuka Malaysia..
Hari raya ke 3,saya beraya di rumah sahabat handai di bukit(Ruknudeen) n lembah(Medan,Mujtahid)..Alhamdulillah..banyak juga open house..hehe
Hari raya ke 4, Alhamdulillah,Sheikh Abu Bakar dan zaujah serta Sheikh Abu Ahmad datang beraya ke rumah saya..(mereka merupakan Penasihat kanan ikatan Ulama' Palestine n Ketua Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama' Palestine.) yang datang ke Malaysia baru2 ini...wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment