Saturday, September 5, 2009

Hari ke-15



Alhamdulillah khamis lepas juga, kami masih beriftar jamaie bersama2...cuma bezanya kali ni makcik salimah bawakan makanan, makan dalam pinggan...sebelum ni Hanisah yang bawa makanan dan makan dalam dulang...alhamdulillah, jiwa2 mereka yang berhajat pada Islam semakin menyemarak...jumlah kami makin hari makin bertambah..jazakillah kerana datang...

Pengisian iftar masih berkenaan puasa,seharusnya kita merebut peluang yang ada di fasa keampunan untuk perbanyakkan berdoa kepada Allah, kerana bulan ini Allah offer kat semua hamba2nya seberapa banyak doa yang mereka minta...Sebaik-baiknya rebutlah peluang yang ada dengan bangun sepertiga malam umpamanya, kerana Allah mengatakan sesungguhnya Aku sangat dekat dengan hamba2Ku...cuma kelihatannya ramai dikalangan kita cuma nampak offer hari raya, baju raya, kuih raya, kasut raya dan sebagainya...Adalah diingatkan hari ini sudah 15 hari Ramadhan berlalu...kita masih berbaki separuh lagi...Gunakan kesempatan yang ada untuk menjadi Ahli TaQwa..bukan hanya menjadi ahli Ramadhan..

Ini kerana banyaknya perbezaan antara ahli Ramadhan dan ahli TaQwa, pilihan ditangan kita untuk memilihnya...Jika ahli Ramadhan, ia hanya setakat Ramadhan sahaja..Segala perlakuan atau sahsiah menjaga aurat, membaca quran, solat berjemaah, bersedekah,tidak mengumpat dan banyak lagi perkara2 mahmudah hanya dilakukan pada bulan Ramadhan malahan berganda2 dari mereka yang lain....Namun, paling menyedihkan apabila habis sahaja bulan Ramadhan, semuanya berlainan, tiada lagi alunan suci al-quran, tiada lagi solat jemaah, solat malam, berpuasa sunat, malah kadang -kadang akhir bulan Sya'ban (dikalangan perempuan) barulah bersungguh2 ganti puasa...mengumpat menjadi perkara kebiasaan dan sebagainya...itulah dia ahli Ramadhan...Ramadhannya kosong atau zero dan tidak mampu menjadi bekal untuk 11 bulan yang akan datang sebelum bertemu Ramadhan akan datang...Dan ini yang kita tidak mahu...Nauzubillah..

Tetapi apa yang kita nak, adalah menjadi ahli TaQwa, di mana kesannya sampailah habis nya Ramadhan, sahsiah akhlaq nya masih seperti di bulan Ramadhan, menjaga serba serbi perkara2 daripada melakukan kemungkaran...Ini yang kita mahu....ia turut menjadi perisai buat kita menghadapi serangan syaitan2 dan nafsu2 untuk 11 bulan yang seterusnya...Sesungguhnya ibadah puasa ini adalah untuk Allah, ganjarannya akan ditentukan oleh Allah....dan ganti puasa dibulan2 lain masih tidak sama pahala dan fadhilatnya sebagaimana berada di bulan Ramadhan...kerana itulah dikatakan Ramadhan bulan barakah...Subhanallah....

Sebagai daie atau pendaQwah risalah para Rasul dan anbiya...doa merupakan senjata paling ampuh buat kita tetapi persoalannya sejauh manakah sebenarnya kita melihat kekuatan doa itu sendiri..saya tidak katakan orang lain tetapi lebih merujuk kepada diri sendiri...Doa merupakan senjata orang muQmin...jika kita dalami maksud itu, kita sebenarnya berhajat kepada doa...ya, seorang Muslim berhajat pada doa...samada doa itu dititip untuk meminta atau menghalang dari kemudharatan sesuatu....Rasulullah sendiri sebelum memulai sesuatu kerja memulainya dengan doa...solat dan sebagainya kerana ia adalah kekuatan..membina roh dalaman...

Bagi yang sentiasa bekerja lebih2 lagi D & T, juga berhajat pada doa...malah lebih lagi dari mereka yang lain...Perlu di ingat, hidayah adalah haq Allah kepada sesiapa yang Allah mahu...sekiranya kita mempunyai ramai ahli baru, recruit baru, kader2 baru, rijal rakais...kita sebenarnya AMAT berhajat pada doa...agar Allah tetapkan hatinya dengan Islam...dia merasa selesa dengan biah solehah atau suasana islam dan sebagainya....

No comments:

Post a Comment