Wednesday, September 2, 2009

Titipan Untuk Dikongsi


Pukul 7 tadi, message berbunyi.Saya dapat message dari ibu, katanya "Ari ni adk exam matematik,sains,BI..Buat solat hajat kat adik kul8 nanti"....sememangnya saya dibesarkan dalam suasana family oriented...sukar nak berenggang antara kami adik beradik....Sentiasa aja kami di nasihatkan ibu ayah, jangan bertengkar antara adik-beradik dan hormat pada abang...Mungkin, background keluarga sebelah bapa menyebabkan mereka sering memesan itu ini...

Adik menelefon pagi semalam...katanya "kakngah, adik seganla, dah la adik duduk sekeliling pelajar laki2..kan nama adik mula huruf A"...Saya dah agak adik mesti segan...sebab namanya A dan kebanyakkan pelajar laki bermula dengan nama Ahmad...Saya cuma katakan padanya, "takkanlah adik nak sia2kan usaha adik selama ni yang selalu stay up, prep, jawab soalan ramalan adabi, dapat soalan spot lagi, lpas tu adik jawap biasa2..tak yah kisahkan orang lain, adik jawap aje"...Mungkin dia boleh terima kot jawapan tu..dia cuma kata "betul gok" (maksudnya betul la tu)...talian terputus....rasanya dia letak duit 50sen je...call dari asrama pagi2 cuma nak hilangkan rasa tak selesa...ehe..

Kak cik pula cerita dia bawa kereta ke KB, pinjam kereta sahabat(pelajar laki)...kebetulan kena pergi amik kat rumah sewa mereka...kak cik ni kadang tu nervous juga nak bawa awal2 tambah kalau ada orang tengok...masa amik kereta, kereta macam tak mahu gerak, jadi sahabat2 tawarkan bantuan, kak cik dan 2 kawannya yang lain bukan main lagi taknak ditolong....last2 boleh bawa juga, tapi terkeluar bunyi kuat macam tertekan minyak lebih pula...jadi bahan ketawa la pagi tu...Rasanya lepas ni kak cik tak payah pinjam dengan diorang lagi kot...






Itu semua cerita adik2, yang paling istimewa, abang di Syria, puasa kali ni abang awal2 lagi ke Jordan,kebetulan Ustaz Dahlan, Sir Abdoh, Ustaz Hadi dan rombongan ke sana dalam rangka D & T...Peluang yang ada, sukar untuk pertemuan sebegini dimanfaatkan sebaiknya oleh abang dan sahabat2 yang lain...Saya sendiri terputus contact dengan abang sebab sim kad di Syria dia tak guna...

Seminggu disana, semalam baru balik Syria, instict yang kuat antara adik-beradik, saya hantar message...Dia menyatakan sampai pukul 2 a.m...dari Jordan...Baru balik dari solat zohor di masjid dan ketika itu saya dan kawan2 yang lain baru sahaja on the way ke bazar, beli makanan berbuka...Malamnya selepas terawih saya hantar lagi message, rupanya abang baru pergi solat Asar di masjid....Dia juga nyatakan jealous sebab saya dah berbuka dan siap berterawih lagi....

Bagi saya abang tak perlu jealous, sebab saya lagi jealous dengan sesiapa sahaja di bumi Syam sana, bagaimana mereka disana merasai syuur Ramadhan yang tidak pernah kurang...Kalau di sini, semakin dekat nak raya semakin kurang di masjid, bak kata orang kurang serba serbi, tapi di sana mereka berpusu2 ke masjid tambah2 hari2 terakhir kerana mereka sayang Ramadhan akan meninggalkan mereka....mereka sedih ramadhan akan pergi, seperti hilangnya kekasih hati...MasyaAllah...

Mereka berlumba2 beribadah, mencari Lailatul Qadar, sebagaimana dikatakan oleh arwah Ammar Zul dalam video tazkirah Ramadhan , mereka berpusu2 kemasjid seolah2 macam hari jumaat, nak ambil wudhuk beratur, penuh mereka2 ini...dan banner2 Ramadhan di sana ditampal dimana2, seolah2 menyambut tetamu Agung....Pahala mengerjakan ibadah dibulan Ramadhan juga berganda...bulan mana lagi yang lebih barakah dari bulan ini....Semoga kita sama2 dapat merebut peluang yang ada....sekarang cuma berbaki berapa hari lagi....ayuh sahabat2 diluar sana...kita lah yang perlu buat perubahan dalam diri kita, bukan orang lain kerana hanya kita tahu hati kita macamana, hanya kita tahu kelemahan diri kita dan bukannya orang lain....Marilah sama2 perbaiki diri demi mencapai mardhatillah..Amin..

No comments:

Post a Comment