Saturday, September 26, 2009

Perjumpaan Hari Raya Di SMAKL

Semalam perjumpaan raya di SMAKL...Kami satu family minus ayah pergi sana...Ayah mesti kena ada di rumah Tokki, nanti tokki tercari2 pula...Kami berempat pula pandai2 selit2 keluar selepas dah tolong kemas2 rumah, goreng ikan masin, buat acar, sambal...gulai kawah orang lain buat...Tu la rutin saban tahun dari anak pertama Tokki sampai ke lapan berkahwin...tak pernah rasa nak catering...suka masak sendiri...katanya lagi sedap...tapi memang puas hati...sedap sangat daging gulai...semua pun cakap yang sama...sekarang cuma tinggal Ayah Nik yang belum kawin, umurnya muda setahun dari saya...

Tahun ini juga tahun ke dua beraya tanpa Ayah Long (meninggal tahun lepas 15.5.08) akibat kompilasi jantung...di ICU...terasa sangat bila saya sendiri ada di ward sewaktu Ayah Long nazak...trauma pun ada..dengar mesin berbunyi panjang...rupanya Ayah Long dah tiada...

Bercerita tentang sambutan Raya di SMAKL, alhamdulillah macam tahun2 sebelumnya meriah...ia sebenarnya abstract meaning pada 'meriah'...tapi alhamdulillah saya dan sahabat2 dapat berjumpa...Ramai juga...makanan core, laksa kuah 2 jenis dan mee goreng plus air sirap , air teh...plus lagi dengan biskut2 raya yang dibawa makcik-makcik...happening juga...suka sangat jumpa Busyra Afifah, Dhabitah, Raihanah, Marhamah (selalu pegang Mujahid, anak kak Mashitah), Mariah dan Asiah satu family(katanya Amir ok aje kat Jordan, siap dah online lagi dengan family), insan paling di tunggu2 Aqilah(lama sangat tak contact Qilah sebab hp nya hilang), Ustazah Aminah pun ade (Anak2 ustazah semakin ramai, tu yang differentnya jumpa ustazah lepas dah beberapa tahun tak berjumpa-Aiman, Wajih sudah besar panjang-ustazah pun ada baby kecil),Kak Hashimah Perlis, Zahidah dan family, Aisyah Humaira Najihah juga(siap snap gambar banyak2 lagi)....

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..lepas tu call ayah suruh ambil...balik, terus ke rumah Ayah De..sambut menantu...

No comments:

Post a Comment