Thursday, September 24, 2009

Pulang kampung for the second time

Hari ni saya dan adik2 dah siap2 kemas barang...balik rumah tok..hari ni bapa saudara sebelah mak kawin...esok kira hantar menantu sebelah kami pula...kebetulan sekali dengan "perjumpaan hari raya di SMAKL"...entah sempat pergi atau tak....harapnya sempat..dah lama teringin nak jumpa sahabat2...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sedikit update:
Dah 2 hari bertungkus lumus siapkan rumah baru Ayah De...sebabnya dia nak sambut menantu kat situ...Pelikkan, dah nak kawin esok, pun boleh tak ambil cuti awal2...malah menyusahkan orang -orang lain yang kena siapkan rumahnya...tirai kena sangkut, sawang kena buang, kena vacuum lantai, basuh toilet2 di bilik...kemas semua, susun atur kerusi...boleh pula katil untuk pengantin baru order...

lagi tak berkat bila nak sambut menantu sebelah petang, boleh ke 2/3 orang laki-laki pergi kemas dan hantar semua lauk pauk, susun kerusi bawah kanopi...sedangkan waktu itu sedang solat Jumaat...boleh pula dengan bangganya kata "nasib baik kami pergi kemas2, kalau semua pegi solat Jumaat, tak ke malu bersepah2 lagi rumah tu bila nak sambut menantu"...Saya terkedu, ibu saya pun..saya ceritakan sedikit sekadar sebagai pengajaran....ia cuma setakat ini sahaja...bayangkan lah memang kesian, masih ada yang menganggap solat Jumaat seperti solat zohor...Kamukan laki2..berdosa tinggal solat Jumaat melainkan kamu sedang musafir..ada darurat..tapi ini darurat ke?..

Mas kawin pun satu, boleh ke pihak laki2 share dalam mas kawin, dia bayar separuh, si isteri bayar separuh? saya bukanlah seorang yag handal bab hukum hakam...semoga ada yang dapat membantu merungkai masalah ini...yang saya tahu hantaran boleh la nak share..tapi mas kawin kan hak isteri yang di berikan oleh suami....mungkin trend sekarang yang suka menunjuk-nunjuk mahu mas kawin yang disebut itu tinggi menjadikan pihak laki2 terpaksa pinjam duit bakal isteri....macam2 perkara berlaku dalam masyarakat kita hari ini...masih mahu berada di takuk lama?Ayuh kita belajar dari cerdik pandai...jangan malu2...usia kita bukan semakin menurun...

No comments:

Post a Comment