Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Lahir Sahabatku


Cukup simbolik, hari ni juga cukup 100 entri yang di pos di blog ini...juga hari kelahiran sahabat rapat saya Anis...Semoga Anis panjang umur, murah rezeki, sentiasa istiQamah di atas jalan D & T, melahirkan little-caliph dengan selamat...

==============================================

Sebelum ini saya pernah membaca buku Tokoh2 Islam Kontemporari dari Pustaka Isthisom (if not mistaken la), Indonesia...seronok membacanya kerana ia sering mengingatkan saya agar kenal dengan mereka2 yang pernah menyumbangkan segala jiwa dan raga, wang ringgit, keringat demi Islam...Antaranya Hassan Al-Banna pengasas IM, Umar Tilmisani, Abdul Qader Audah (peguam pembela IM), Syed Qutb (saya amat kagum dengan beliau, bagaimana indah dan mendalamnya tulisan beliau ketika menghasilkan Tafsir Fi Zilalil Quran ketika berada dalam penjara, bagaimana beliau menyatakan merasai nikmat yang jarang dirasai dikalangan kita kerana bertaqarrub dengan Allah, merasai seolah2 berada di bawah naungan/ bayangan Al-Quran, subhanallah)juga Said Ramadhan...menantu sheikhul tarbiyyah Hassan Al-Banna..juga merupakan ayah kepada pemikr Islam terkenal di Swiss ketika ini, Thariq dan Hani Ramadhan...

Jika selepas membaca buku berkenaan, saya rasa agak sukar nak trace anak2 Said Ramadhan,namun Allah akhirnya mempertemukan saya dengan banyak hal mengenai beliau(Thariq Ramadhan-gambar di atas..beliau seorang yang cukup suka berdebat..)...Sehingga kini, saya masih mencari kepingan2 titipan mutiara kata dari beliau...Semoga diri ini sentiasa istiQamah...jangan lupa esok atau lusa puasa last kita...jangan persiakan, gadaikannya...wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment