Ramadhan sudah berlalu, syawal pula menyusul...sekarang aim saya nak habiskan puasa enam... tetapi dek banyakknya rumah terbuka...susah sikit, dugaan makin banyak, tambah syaitan2 semakin rancak membalas dendam dek sebulan di rantai...lagi hebat dugaan puasa di bulan syawal berbanding bulan Ramadhan...siapa yang berjaya berpuasa di bulan syawal, pahalanya amat besar...namun, walau hanya enam hari...cuba tengok di sekeliling kita hanya berapa ramai yang dapat menghabiskannya....Kalaulah offer dari Allah boleh dilihat ganjaranya, pasti mereka berlumba2 menghabiskan puasa enam bulan syawal...
Ibu saya sudah mulakan puasa start hari ini 2 syawal...terdengar banyak suara2 sumbang yang mempertikaikan...Kata mereka baru semalam raya sudah nak puasa...kan hari ni ade rumah terbuka..macam2 kerenah mereka yang tak faham erti sebenar puasa enam...kalau tak setuju, jangan cakap banyak...keep silent sudah...dosa tak dapat, malah yang berpuasa tak panas telinga...tak terasa terguris...itu yang penting...
Hari ini seperti tahun2 sudah, rumah terbuka di rumah Ayah De Zaki di Wakaf Mempelam...Rumah banglo di tengah2 bendang di hadiri ramai orang...itulah tradisi setiap kali raya...makan nasi beriani plus pelbagai rendang plus sate plus biskut raya plus air sirap limau....itu pun dah cukup kenyang...makan atas teratak yang di bina khas...tak pun jalan2 sekitar kolam ikan dan swimming pool...kebanyakkan anak Che De Yati raya kat KL...separuh lagi di Dublin, Ireland....sudah lama menetap di sana sehingga anak pun lahir sana..cuma sesekali Che De Yati pergi jenguk cucu di sana...
Sedikit mengenai semalam, asalnya bila lalu depan rumah terbuka MB dekat Pantai Batu Buruk, nak singgah kejap..tapi bila fikir malas nak cari parking terus aje ke Quartes JKR, hajatnya jumpa Amir Siddiq yang nak fly ari ni pukul 9.00 malam ke Jordan...Makan2 nasi lauk daging kambing....saya memang kurang daging kambing tapi bila dah sedap gulainya, makan aja..sedap juga...jumpa Mariah satu family....
No comments:
Post a Comment