Sejak rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 di perkenalkan, kami seisi keluarga makin menyukainya dan ia adalah tayangan wajib setiap pagi jika berkesempatan. Saya tertarik dengan tajuk Anak Anugerah Allah yang menjadi antara topic hangat sepanjang topic berkenaan bersiaran di TV9.
Terlalu banyak input yang diperolehi dan saya boleh katakan “rugi sekiranya anda tidak melihat Tanyalah Ustaz yang bersiaran selama satu jam bermula pada jam 7 pagi”…Soalan yang dikemukakan oleh pemanggil juga agak berkualiti dan mereka turut berkongsi pengalaman mereka sendiri..Saya masih ingat seorang pemanggil Puan Siti yang mengatakan dia sering menghadiahkan al-fatihah kepada anaknya walaupun anaknya belum meninggal dunia, kesannya empat orang anaknya sekarang sedang menuntut di oversea. Ustaz sendiri kagum dan mengalakkan apa yang dibuat oleh Puan Siti..
Manakala seorang pemanggil dari Kedah yang juga seorang ayah menyatakan dia sentiasa mengejutkan enam orang anak perempuannya bertahajjud dan hasilnya semua anak-anaknya ‘menjadi’…Sahabat-sahabat sekalian, mereka-mereka sebeginilah sebenarnya yang boleh kita jadikan role model dalam rangka untuk mendidik anak-anak kita..Ini kerana fitrah manusia kita menginginkan anak-anak yang soleh dan soleh, yang sejuk mata memandang dan tidak mendatangkan kemudharatan di kemudian hari..kerana itulah juga kita perlu mendalami ilmu ‘keibubapaan’ tidak kira samada sahabat-sahabat sekalian sudah berkahwin dan mempunyai cahayamata mahupun tidak serta bagi mereka yang belum berkahwin.
Ilmu ‘keibubapaan’ tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin kerana yang eloknya kita sudah pun mempersiapkan ilmu keibubapaan atau pendidikan anak-anak dalam Islam sebelum kita melangkah masuk ke gerbang perkahwinan. Saya sendiri belum berkahwin namun jauh di sudut hati saya, saya merasakan betapa pentingnya ilmu keibubapaan ini untuk kita pelajari. Perlu diingatkan, ilmu ini, memang kita boleh membacanya melalui tulisan-tulisan muktabar seperti buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, Mahaguru Pengajian Islam Universiti Al-Malik Abdul Aziz, Jeddah yang dapat didapati dalam 2 jilid dan berbagai-bagai lagi buku.
Namun, ilmu ‘keibubapaan’ ini sebenarnya tidak terhad di dalam buku sahaja, bahkan ianya lebih banyak dipelajari melalui praktikal. Ini kerana kalau kita imbas kembali cara orang-orang lama, mereka berjaya mendidik anak-anak yang bukannya seorang bahkan berbelas-belas ramainya tanpa pernah membaca buku namun berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Apabila anak berumur tujuh tahun, sudah di suruh solat dan apabila berumur 10tahun,jika masih enggan, dirotannya anak itu. Itu sekadar sebahagian ajaran orang-orang lama berlandaskan hadith Rasulullah yang semakin lama semakin ditinggalkan.
Jadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai role model dalam pembinaan ‘anak-anak soleh’ yang akhirnya akan menjadi kader-kader Dakwah, sebagai pelapis kita dalam meneruskan kesinambungan menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Ini kerana di dalam hadith sendiri dinyatakan dengan jelas “sekiranya mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalannya, melainkan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan doa anak yang soleh”. Doa anak yang soleh tiada hijab kerana ia terus atau secara direct sampai kepada ibu bapanya.
No comments:
Post a Comment