Dalam Perjuangan tiada istilah duduk diam
Yang Kedua juga pejuang, Gus Dur atau nama sebenarnya Abdurrahman Wahid merupakan seorang yang amat tersohor di Indonesia satu ketika dahulu...Namun, selepas memegang tampuk pemerintahan yang menjadi rebutan ramai, beliau dilihat semakin tenggelam ekoran beberapa isu dan kontroversi yang melanda Indonesia ketika itu, antaranya melibatkan rasuah dan penyelewengan kuasa di tambah dengan penyebaran gambar Gus Dur dengan seorang perempuan menyebabkannya berundur dari arena politik dan diganti oleh Megawati Sukarnoputri, anak Presiden paling hebat Indonesia, Sukarno...Sehingga sekarang, masih ramai lagi pengikut Gus Dur yang masih menyanjunginya sebagai seorang yang amat mengambil berat tentang permasalahan rakyat, berani dan berkaliber..Perjuangan Gus Dur berterusan beberapa tahun sehinggalah dijemput pulang oleh Allah semalam...Innalillah...
Dalam Perjuangan tiada istilah sakit demam
Yang ketiga, pejuangnya hanya mahu dikenali sebagai Aminul Ummah. Namanya lahir kerana ibubapa yang berhajatkan anak nya menjadi seperti pemegang amanah umat Islam pada zaman Rasulullah...berasal dari semangat dan keberanian sahabat Rasulullah ini dalam perjuangan, Aminul Ummah ini juga diberikan taklifan mengantikan Khalid Al-Walid dalam mengetuai satu peperangan. Berbekalkan semangat inilah, mudah-mudahan ia semakin menjalar dalam diri pejuang ini, tidak dinafikan pergantungannya kepada Allah melebihi segalanya...Dia sentiasa mengingatkan perkara-perkara kebaikan kepada adik-adiknya..Semalam petang, telefon di rumah berbunyi, pejuang ini menyatakan mahu ke Semenanjung Gaza, Palestin..Mereka tidak boleh masuk menerusi jalan darat...Jadi, cuma tinggal satu cara, menerusi kapal..Dia telefon, hajatnya mahu memohon kemaafan dari ibuayah tersayang...semoga semuanya selamat..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment