Kali ini, Philip C.Jessup kembali lagi..bulan March ni, kami sekali lagi bakal berentap dengan peserta2 dari universiti lain...yang bagusnya, saya bukan mooter yang perlu bercakap english seolah2 nayive speaker di depan judges..saya hanya researcher yang mencari bahan untuk berentap nanti..tulang belakang mooter2 ini..mooter ada empat semuanya..seorang mooter ada dua orang researcher..manakala sorang lagi adalah solicitor..yang juga membantu mooter menjawap soalan yang dikemukakan judges..kami researcher of course tak boleh duduk semeja dengan mooter...kami cuma tengok dari jauh..menyediakan argument2 untuk mereka..
Kali ini jika mooting competition ini berulang kembali, bermakna bulan March ni genap lah setahun usia blog ini..kalau ia seorang baby, tentunya sudah banyak milestone..pandai berjalan, banyak dah tumbuh gigi, banyak kemajuan...namun, apakan daya, hanya ini yang termampu setakat ini..banyak komitmen lain merencatkan kesungguhan saya untuk terus membuat yang terbaik..blog ini satu perkongsian sebenarnya..perkongsian fikrah..dan itulah tujuan yang utama..moga semua beroleh manfaat..saya alu-alukan sebarang kritikan membina dari anda..insyaAllah..saya juga insan yang serba kekurangan..satu gambar daripada pewaris.net..
Source Pewaris.net..Misi Kemanusiaan Padang adalah seperti mimpi jadi kenyataan. Keinginan untuk pergi mula tercetus apabila membaca dan berbincang dengan sahabat yang terdekat, kenapa dan mengapa Allah swt menggoncangkan bumi Padang yang berada tidak jauh daripada Malaysia.
Dari Abdullah bin Hiwalah r.a berkata: Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu beliau bersabda, ”Wahai Ibnu Hiwalah, Apabila engkau melihat khilafah kenabian telah sampai ke tanah Syam maka telah dekatlah terjadinya gempa-gempa, masa-masa kesusahan dan kegundahan, serta perkara-perkara besar dan hari kiamat pada saat itu lebih dekat kepada manusia dari tanganku terhadap kepalamu.[ Hadis Sahih, HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]
Apa? Hari kiamat sudah dekat ?????? Sangat dekat!!!!! Apakah persediaanku, persediaan kita??
Saudaraku, marilah kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita agar pada hari itu kita tidak termasuk dalam pihak yang salah . Oleh kerananya, walaupun perselisihan antara manusia serta gempa merupakan perkara yang tidak kita sukai, namun Nabi menyebutnya sebagai khabar gembira.
Apakah yang dimaksudkan oleh Nabi saw sebagai berita gembira itu?
Gempa adalah tanda-tanda kecil kiamat. Tanda-tanda kecil kiamat bermula sejak Nabi Muhammad saw diutuskan lagi sehinggalah kini termasuk juga penzinaan berleluasa, mandi bogel di khalayak ramai, maksiat bermaharajalela dsb. Jadi berita gembira itu ialah kedatangan Imam Mahdi iaitu sebagai penghubung di antara tanda-tanda kiamat kecil dan besar. Apabila datangnya Imam Mahdi akan berlaku peradaban penuh adil dan kejujuran seperti yang di perkatakan di atas. Selepas Imam Mahdi barulah akan muncul Dajjal, turunnya Nabi Isa, keluarnya Yakjuj dan Makjuj dan matahari akan terbit dari tempat terbenamnya dan lain-lain lagi.
Yang pasti kiamat sudah dekat!!!
Kepulangan sahabat-sahabat relawan daripada Padang melalui ceramah-ceramah yang diberi oleh mereka banyak membawa cerita-cerita apa yang berlaku, kenapa dan mengapa berlakunya goncangan yang kuat, korban nyawa, rumah hancur, keluarga yang terpisah, kampung yang tertimbus.
”Musibah dan bencana yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan kamu sendiri.”
( Al Isra, 17 : 58).
Mereka ditegur oleh Allah swt Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di atas perbuatan mereka mengkufuri nikmat-nikmat Allah swt.
Apakah tidak ada orang yang mengajak mereka kembali kepada Allah swt?
Apakah kekufuran yang berlaku di Padang tidak berlaku di Malaysia ?
Berkata Ummu Salamah,isteri Rasulullah saw, aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
” Jika timbul maksiat pada ummatku maka Allah swt akan menyebarkan azab-azab siksa kepada mereka.”
Aku berkata; Wahai Rasulullah, apakah pada waktu itu tidak ada orang-orang yang soleh?
Beliau menjawab: ”Ada”
Aku berkata lagi : Apa yang Allah akan perbuat pada mereka?
Beliau menjawab: ” Allah akan menimpakan azab kepada mereka sebagaimana ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat, kemudian barulah mereka akan mendapat keampunan dan keredhaan dari Rabbnya.”
[HR Imam Ahmad]
Seandainya aku tidak berbuat apa-apa, aku takut menghadapi apa yang akan menimpa! Ancaman pihak Kristian memurtadkan anak-anak tidak boleh dibiarkan menapak!
Taklimat
Taklimat untuk pasukan kami telah diadakan di Pejabat PEMANGKIN HALUAN Selangor di Petaling Jaya pada pagi 21/11/2009. Taklimat dari Sekretariat Misi HALUAN Pusat cukup memberi didikan kepada kami, di antaranya…..
Aku turun keranaMu Ya Allah,hanya untuk mencari cintaMu, mendapat redhaMu, aku turun untuk mendidik diri, kenal diri lantas mengenali diriMu Ya Rabb,
Aku turun ingin membantu saudara seagamaku tetapi yang pasti ingin membantu diri ini sendiri agar lebih mentaati Mu, melatih diri ini mengajak manusia kepada mentaatiMu, menyelamatkan diri ini dan kami semua dari api nerakaMu…
Jagalah syara’ dan letaklah Allah sentiasa di hadapan.
Kami bertaaruf di antara satu sama lain. Lapan orang yang pergi di bawah Ketua Dr Mansor Yahya. Kapalterbang berlepas jam 210 pm dan tiba di sana pun jam 210 pm. Kami disambut oleh Akhi Md Muslim yang lebih awal sudah berada di sana, seorang siswa UiTM (HALUAN Siswa) dan seorang jurupandu.
Kami terus di bawa ke Posko (Pusat Koordinasi). Didalamnya penuh dengan sembako,makanan asas seperti beras, gula, teh yang dibungkus untuk di edarkan kepada mangsa.
Kedatangan kami seterusnya di alu-alukan oleh Ketua LSM yang bekerjasama dengan HALUAN di Pariamam, Pak Ridhwan. Terkejut saya melihatnya. Umurnya baru 31 tahun. Kita kagum dengan semangat mereka yang masih dalam usia muda berjuang untuk berdakwah menegakkan Islam.
Pak Ridwan memberitahu tentang kegiatan NGO kristian yang mahu mengkristiankan anak anak Pariaman dalam tempoh 6 bulan, Hands On namanya. Soalan yang ditanyakan kepada anak-anak, siapa yang menjadikan gempa berlaku? Anak-anak jawab Allah. Adakah Allah turunkan bantuan? Anak-anak jawab tiada. Sekarang tutup mata dan tadah tangan, tuhan jesus akan memberikan kamu apa yang kamu mahu. ??????
Sebelah malam kami ada sesi Pass over dari Team 6 yang terdiri dari ramai anak-anak muda siswa/ siswi dari Kelab Siswa HALUAN. Ubatan dan pengendalian mobile clinic serta trauma healing di kongsi bersama.
No comments:
Post a Comment