Friday, May 27, 2011

Selamat Membina Baitul Muslim

Syukur,baru sahaja pulang dari meraikan pasangan pengantin baru Luqman Al-Hakim Azizan dan Fatimah Zanirah Nordin..Sungguh berwarna-warni majlis kesyukuran walimah kalian..Warna-warni bukan kerana persiapan sahaja bahkan kehadiran sahabat-sahabat yang sukar untuk bertemu,alangkah manisnya saat-saat itu...

Fatimah, moga kehidupan baru ini tidak merencatkan DnT anti dan zauj..Moga lebih hebat dari hari ke sehari..MasyaAllah,bila memeluk Fatimah tadi, saya tahu dia sudah bersedia ke arah itu..Sahabat lama dan akrab yang saya boleh baca riak wajahnya...Umminya menyambut saya di bawah kanopi dan membisikkan di telinga "Alhamdulillah, datang juga ye walaupun jauh"...wajah umminya yang happy menerima menantu pertama keluarga yang mostly adik-beradik dan ayahnya profession doktor...

Hari ini cuba 'push' diri untuk isi SPA..Alhamdulillah semua ok..saya biasanya agak tak suka perkara-perkara complicated nak mengisi form2..rasa leceh..tapi Alhamdulillah tadi dah selesai..Tadi pagi memang sibuk dengan SPA dan rancang ke kenduri Fatimah..Alhamdulillah dapat jumpa Mun, Milah dan Khairiah...Sangat-sangat lama tak bertemu diorang..Cuma Khairiah saya last jumpa time kenduri Qb dan Munaem..

3 comments:

  1. ehem, saya tunggu kak su ^.^
    jgn lupa jemput nanti..

    bestnye boleh pegi majlis kak fatimah T.T

    ReplyDelete
  2. hehe...doa-doakan...tapi bila fikir balik...abg k.su kata kena ada muhrim baru boleh pegi...so,banyak perkara kena fikir..hehe..susah jugak nampak gayanya...

    Alhamdulillah, kenduri fatimah so simple...parents dia so humble even diorang wealthy lagi kot dr k.su..hehe..sangat2 seronok tgk fatimah, mendapat zauj yang bagus dan soleh..

    ReplyDelete
  3. salam su, lama x menyinggah blog anti. selama ni jadi silent reader je. tp sebab ni ada kaitan dgn ana, saja nk post.
    jazakillah khair sebab anti dan sahibah2 lain sudi dtg. anti siap dtg 2 kali lagi. jazakillah. tlg doakan ana ye. ana pun doa anti bertemu jodoh cepat2. amin. inshaallah. :)

    ReplyDelete