Wednesday, May 2, 2012

GAZA yang mahu kujejaki


Ya, Palestine..Palestine, sebuah negara yang dinafikan hak oleh organisasi terancang iaitu Zionis..Zionis yang asalnya berasal dari idea seorang tukang canang dan pakar ideology hebat berketurunan Jews...Bertitik tolak dari kejatuhan Turki Uthmaniyyah, mereka meneruskan konspirasi mencucuk jarum disetiap inci anggota Muslim, di segenap tempat...Sehingga jika kita lihat pada hari ini, Zionis lah yang terkuat, menjadi Mastermind disebalik tabir USA, Russia etc, menjadikan negara-negara tertentu sebagai boneka yang menjadi tangan dan kaki mereka...

Palestine sebuah negara yang sering diuji padanya oleh Allah dengan pelbagai onak dan duri, ranjau penuh berliku, bahkan saya diberitahu abang (big bro) sewaktu Viva Palestina 3, ada seorang yang cedera parah dibahagian kepala dan mahu ditransfer ke Mesir kerana peralatan perubatan yang lebih mencukupi, apabila sedar dari koma, terus bertanya di mana dia berada...Apabila diberitahu dia berada di Mesir, bingkas dia memberitahu supaya di masukkan kembali ke Palestine...Tapi, seandainya pemuda tadi adalah kita, mesti kita sendiri tidak mahu dihantar pulangkan? Itu antara reason kenapa mereka yang berada di Palestin dipilih Allah untuk berhadapan dengan ujian sebegini..

Itu lah dinamakan pejuang2 Palestin, mereka cukup berbeza dengan kita, Malaysian yang sentiasa mahukan perkara-perkara instant dan mudah...Semua mahu mudah, segera, maka penuhlah restoran fast-food di mana2 tempat....Senaraikan aja di mana, MidValley, The Curve, Alamanda, KLCC, Times Square...Penuh sepanjang masa tempat2 fast food...Domino di tempat saya baru buka dalam 2 hari lepas, penuh bukan main customer di dalamnya...hebat2 instant food..Maka dari sudut perubatan,jika kita sering diajar makan benda2 instant, maka mati pun mungkin instant juga...MasyaAllah..kadang saya juga begitu..Mohon Allah switch hati saya pada benda2 yang baik2 shj...

Saya teringat Furkan, pemuda belasan tahun yang syahid saat berada dalam kapal Mavi Marmara...Juga lapan lagi relawan yang syahid ketika berhadapan musuh laknatullah...Sehinggakan ketika Dr.Syed Haleem dalam penjara Israel dan cuba membasuh kesan darah pada seluarnya, ternyata kesan darah para syahid ini semerbak haruman kasturi...

No comments:

Post a Comment