Saturday, May 16, 2009
Cuti Yang Memenatkan
Walaupun cuti selama 2hari, namun banyaknya perkara perlu dibuat...Benarlah seperti kata Hassan Al-Banna "Tanggungjawab itu lebih besar daripada waktu" ia menandakan betapa banyaknya perkara yang perlu dikerjakan manakala masa begitu cepat berlalu...
Saya pergi duplicate kunci rumah sewa, membaik pulih kasut heel yang tercabut di bawahnya, membeli sedikit stock makanan kerana sudah habis, temankan adik ke Pusat Rawatan Ikhtiar kerana kesihatan adik, temankan ibu ke Pusat Homeopathy Wanita dan Kanak2...Ibu saya yang sorang itu terlalu obses terhadap homeopathy than ubat2 hospital...Katanya banyak bahan kimia tetapi dengan homeopathy, ia hanya menggunakan herba dan akan mematikan penyakit sehingga ke akarnya...cuma kesannya agak lambat berbanding ubat hospital...
Petangnya, saya sampai di rumah sewa dan bersantai2 sekejap...menunaikan hak pada badan yang sudah lemah tahap zero...Kepanasan rumah yang tidak bersiling dengan cuaca panas keterlaluan memaksa saya tidur dekat dengan dapur...Nasib baik tiada sesiapa di rumah...Kebanyakkan penyewa rumah memang selalunya akan ke mana2 tengahari sehingga asar...memandangkan rumah ketika itu panas macam oven...memang kulit pun kemerah merahan dan sedikit gelap...penangan panas melampau...Bahang rumah di tengah2 bendang tanpa pokok2 di sekitar memang begitu...Angin pula hanya sesekali sahaja....bertiup2 seakan2 bermain2 tarik tali pula...
Tiba2 aja, abang, anak tuan rumah mengetuk pintu...saya terus capai tudung dan ke bawah...Rupa2nya abang nak bagi mempelam yang dah dipotong2...saya tergamam..ye la setakat hari ni saya menyewa ini pertama kali tuan rumah menghulurkan makanan..Kebetulan hanya saya yang ada di rumah...Sebelum ni memang akak2 penyewa selalu sahaja cerita keramahan dan baik hatinya tuan rumah...Tapi tak sangka masa saya sorang saja ada pun tuan rumah sebegini...MasyaAllah, ini rezeki petang sabtu la kiranya....Yang terkejutnya, mempelamnya memang besar sangat...saya baru first time tengok besarnya mempelam tu..tak dapat nak gambarkan..bayangkan mempelam tu lebih besar dari pinggan yang diberi...pinggan nasi yang normal, size standard tu...Moga Allah menambahkan rezeki tuan rumah dan keluarga...Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment