Hari ini saya start praktikal....kami ada sedikit taaruf sesama staf2..
punch card diberikan....oleh kerana agak ramai kami ditempatkan di pantri...
membaca kes2 dan melabel sambil mengecop...
berulang alik ke mahkamah syesen, majistret dan mahkamah tinggi...
turun naik sekejap ke BBG dan ke library...
pergi makan sekejap di mahkamah syariah dan tengah hari di Sabasun...
petangnya baca kes rape....pljr sklh menengah still under age...
balik rumah...tup2 dengar berita sensasi ....YB Nizar MB Perak yang sah, di sahkan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur,Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim....
sedikit petikan:
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dilantik dengan sah sebagai Menteri Besar Perak.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah.
Beliau menerima pakai keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah sebelum ini dalam kes Stephen Kalong Nikan yang memutuskan menteri besar atau ketua menteri hanya boleh dipecat melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk memohon keputusan itu ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim.
Mahkamah juga mengarahkan Zambry dan Exconya mengosongkan kerusi masing-masing.
Hakim juga berkata, jika Sultan Perak mahu Nizar meletakkan jawatan, baginda hendaklah mengarahkan Dun Perak bersidang dan usul undi tidak percaya dikemukakan.
Selepas usul itu lulus barulah Sultan berhak memerintahkannya meletakkan jawatan dan melantik MB baru.Nizar di wakili oleh Hj Sulaiman Abdullah
Mungkin selepas ini ada yang lebih surprise? kita tunggu dan lihat.,..
lebih lanjut..
http://www.youtube.com/watch?v=Xi6Q1qtHFMM
http://www.youtube.com/watch?v=Rxv-XjEMCcs
No comments:
Post a Comment