Friday, May 15, 2009

Perginya Ke Alam Abadi





Isteri kepada Al-Fadhil Dato' Dahlan Mohd Zain, Pengetua MATRI iaitu Datin Halimaton atau lebih dikenali sebagai Ummi meninggal dunia di Hospital Tengku Fauziah, semalam.

Allahyarhamah yang berusia 67 tahun meninggal dunia kerana diserang sakit jantung kira-kira jam 6.10 petang.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

Al-Fatihah..!!-ini antara yang dipapar pada papan muka web MATRI...

Ummi yang saya kenali, ingati...bukan mudah melupakan ummi...

Ketika di MATRI, masih saya ingat, ummi pernah mengajar BM ketika itu, ummi sesungguhnya memang pakar dalam bahasa melayu, tiada tolok bandingnya begitu juga jika di banding dengan cikgu BM yang agak lama di Sekolah Derma, sebuah sekolah yang top juga di Perlis ketika itu....

Ummi lah tulang belakang mudir yang di sayangi...Mudir adalah panggilan kami untuk pengetua...Semasa ijtima' juga selalu sahaja saya disapa ummi, ummi ramah orangnya...Kali terakhir ketemu ummi adalah ketika 2 dekad MATRI di Beseri, Perlis...Ketika itu ummi pakai spec hitam lalu saya melawak dengan ummi "Hai ummi, sejak bergelar Datin ni, ummi makin melaram dengan spec hitam lagi" kata saya yang selalu sahaja melawak2 dengan ummi...Lalu terus aja bait2 kata saya di sangkal ummi "Tak dak la, bukannya ummi melaram pakai spec hitam, ni ha mata ummi baru lepas operate, depa ni ramai yang tak tau, tu pasal la depa dok habaq ummi ni lepas dapat Datin, asyik duk melaram ja, tak dak la, memang mata ummi tak leh kena cahaya terang" jawab ummi...Masih tergiang2 di kepala saya..

Tapi saat yang paling tak boleh saya lupa sehingga sekarang, saat saya antara yang awal mendominasi koperasi ketika itu dengan beberapa sahabat lain, ummi selalu juga menjenguk kami di koperasi...dan paling indah, saat Ustaz Akram nak kawin dengan Kak A'yan Sabitah...Ketika itu saya dan Fatimah, 2 orang aja sahibah satu form yang tidoq rumah ummi...Kami tidoq bilik Ali Karimi...pasal Ali tidoq rumah sedara dia...Time tu bayangkan saya dan Fatimah jadi bentara, siapkan potpuri dan sebagainya...

Dirumah, maasih saya ingat, mudir berjalan pelan2 ke dapur sambil mengelek bantal busuknya...Bila di ingat2, sedih dan pilu hati ini tak tertahan lagi, apatah tuntutan attachment menyebabkan saya tidak berkesempatan ke Perlis...Ummi dikebumikan selepas disolat jenazah pukul 10.30 pagi tadi...Suasana hening di ijtima' yang di adakan agak lewat menggambarkan kebanyakkan sahabat2 sejak semalam lagi berpusu2 ke utara tanah air demi seorang ummi, yang menjadi penguat dan tulang belakang mudir yang di kasihi...Semoga mudir sekeluarga sentiasa berada di bawah rahmat Allah....ummi meninggalkan anak2 sebanyak 4 orang iaitu Mohd Akmal, Amani, Mohd Akram,Ali Karimi....dan beberapa orang cucu yang comel dan bakal pewaris kelangsungan sunnah nabi...

No comments:

Post a Comment