Tamrin sudah tamat...tetapi tarbiyyah tetap berjalan sehingga kiamat...Sebagaimana yang di beritahu dalam penyampaian betapa di dalam Surah Al-Ash-yang mana ayat ini sahaja dikatakan sudah cukup untuk kita menakluk dunia...itu yang di katakan penceramah...Benar, bila di singkap kembali memang saya akuinya...Ayat berkenaan mengajak kita agar tidak melengah2kan masa, di samping menyatakan amat rugi lah semua manusia melainkan mereka yang beriman kepada Allah...Tetapi beriman sahaja tidak cukup melainkan kita berbuat amal soleh...walau bagaimanapun dalam waqi' atau reality sekarang beriman, beramal soleh sahaja tidak cukup melainkan kita mestilah mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar...makna kata kita tidak berpeluk tubuh semata-mata semasa melihat kemungkaran yang berleluasa....ini amatlah bertepatan dengan kata2 Mustafa Mashyur "Islah napsaka wad'u roiruka"...
Syed Qutb menyatakan tentang 2 ciri yang ada pada mereka yang benar2 beriman kepada Allah iaitu bersikap positif dan aktif....
Sikap positif boleh di gambarkan sebegini...dimana kita menganggap apa sahaja yang Allah menyuruh kita imani di terima oleh kita tanpa ada perasaan protes, tanpa banyak soal walau sesuatu perkara itu kita rasakan mustahil...ini bukan menandakan Allah menyatakan sesuatu yang non-exist atau tak terfikir dek aqal tetapi ia sebenarnya menunjukkan betapa ceteknya pemikiran kita sehingga tak boleh di banding dengan kuasa Allah..
Cuba kita teliti sebagaimana diberitahu oleh Rasulullah bahawa kota Konstantinople (Constatine) suatu hari nanti akan jatuh ketangan umat Islam....Bayangkan pada ketika itu ramai yang merasakan ianya mustahil atau impossible....Walaubagaimanapun 800tahun slps pemeritahuan Rasulullah, ternyata akhirnya Konstantinople di buka oleh Muhammad al-Fateh...Cukup ironi..Sekali lagi cuba kita bayangkan betapa janji Allah dan Rasul itu adalah benar...
Jika kita perhatikan sehingga ke saat ini sudah banyak perkara2 impossible menjadi possible...Itu semua kuasa Allah...Berbalik kepada aktif, kita mestilah bertindak menyibukkan diri kita dengan kerja2 Islam..
Saidina Umar pernah ditanya oleh seseorang mengenai sebuah masyarakat yang aman dan mengikut landasan Islam, adakah ia akan kekal begitu..Saidina Umar lantas menjawab tidak, belum tentu lagi kerana selagi mana kemungkaran masih mendominasi kebaikan..Lantas orang yang bertanya mengatakan "Habis tu bagaimana kami nak buat?" Saidina Umar menjawab "Ijlis bina nu'min saah yang bermaksud Duduklah kamu dalam majlis ilmu walau sesaat"....Bulu roma saya meremang bila mendengar hadith ini di bacakan...
Shaikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, seorang ilmuan Islam di Baghdad, Iraq melalui bukunya Al-Muntalaq menjelaskan dengan serius dimana beliau menyatakan sekiranya orang yang baik2 tidak berbuat apa2 dengan keadaan genting ghurabanya Islam kini, Allah akan menjadikan orang yang jahat semakin jahat, Allah akan menurunkan bala pada yang baik dan jahat kerana yang baik tidak berbuat apa2(amar ma'ruf nahi mungkar) manakala yang jahat kerana kejahatannya.
nnt akan dicontinue lagi...apa2 pun selamat hari ibu buat ibu saya...terima kasih atas segala nya, mengikut kerenah anak yang seorang ini, ibu lah yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada saya, kami boleh jadi rakan yang kamceng,tanpa ibu siapalah saya, ibu lah tulang belakang saya dalam melakukan amal Islami, memberi inspirasi...ibu sememangnya seorang yang kuat semangat, seni halus daqwah juga di hadamnya....saya mahu jadi seperti ibu!...
No comments:
Post a Comment