Monday, May 25, 2009
Rasa Izzah Pada Islam
Sesungguhnya kita sebagai seorang muslim dan mukmin perlu merasai syuur yang tinggi terhadap Islam...Seperti yang kita ketahui bahawa keimanan kepada Allah dapat di zahirkan samada beriman dengan hati, di buktikan dengan lisan percakapan dan turut di zahirkan keimanan melalui tindakan..iaitu amal soleh kita kepada Allah...
Secara ghalibnya, keimanan kepada Allah amat banyak di perkatakan di mana2 kuliah agama,ceramah, tazkirah dan sebagainya, namun untuk mempraktikkannya amatlah sukar...bagi saya yang pernah melalui sendiri kehidupan sebagai seorang pelajar IPT, amat sukar dilihat mereka yang masih stay dengan prinsip berlandaskan Islam dalam kehidupan...mereka mungkin boleh bercakap mengenai Islam, namun untuk menzahirkan dalam kehidupan, amat jauh sekali sampai ada juga yang sanggup menggadaikan segala prinsip hanya kerana event2 tertentu dan sebagainya...mudahnya kita mengadaikannya...saya tidak mahu tunding kepada sesiapa kerana saya sendiri pun tidak sempurna....
Namun, marilah kita berusaha sehabis-habisnya dengan mengekalkan imej dan merasa izzah dengan fikrah yang kita ada...merasa izzah dengan pemakaian kita, pergaulan kita, gerak kerja kita dan sebagainya....Percayalah, jalan ke syurga mahal maharnya...begitu jugalah dengan kita di zaman Islam yang semakin dagang ini....segalanya nampak asing hatta berpakaian berjilbab atau bertudung besar pun di anggap asing bahkan boleh dikatakan militan, ini zaman kita...sesiapa yang dapat bertahan, syurga dan pahala ganjarannya...sebab itu Rasulullah pernah menyatakan sesiapa yang mempertahankan agama Allah di akhir zaman walau tidak pernah bertemu dengan baginda, amat besar ganjarannya berbanding mereka yang pernah berjumpa atau bertemu Rasulullah....
selepas melilau rata saya terjumpa blog kak amani, anak kedua ummi...www.ummihalimaton.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment