Apakah beza antara civil dan criminal? Itulah persoalan pertama yang keluar dari mulut Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen KT ketika bertemu saya...Hajjah Rosila seorang yang sangat sibuk, setiap hari bagaikan tak terlihat kelibatnya...Hajjah seorang yang tegas, bila dia ada, pasti suasana office senyap sunyi, masing2 amat takut kepada Hajjah...
Ada seorang lagi hakim kanan perempuan, tegas dan kadang-kadang cerewet...Bayangkanlah start pkl2ptg aje dia dah check semua staff ada kat tempat kerja atau tak...Kak Ti yang duduk semeja dengan saya dan rakan2 di pantri...terus aje amik document2 atas meja yang kami buat dan berlari2 ke mejanya yang agak jauh di depan...rasa nak tergelak pun ada...bayangkan Kak Ti yang umurnya agak2 lebih tua dari ibu saya...sebab kata Kak Ti anak dia dah kerja 2 orang ,2 lagi di university...
Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Hakim Tuan Ahmad Zaidi Ibrahim...Masih lagi muda dan sihat..anaknya masih di University...Tuan Zaidi amat low profile orangnya...Background keluarganya..ayahnya seorang policeman...Majistret pula muda2 orang nya...Semuanya perempuan...Lulusan Uitm, Uia...
Pagi tadi juga saya mendengar bicara dalam kamar mengenai kes2 trafik membabitkan saman tidak memakai tali pinggang keledar, langgar lampu isyarat etc...Ada juga bicara mengenai kes salah credit RM600,000 oleh CIMB dan mcm2 lagi...Tertunggu2 juga kes sensasi seperti Dr Ramzi..hehe..
Mengenai Kes Nizar yang hanya memegang jwtn selama 19 jam...ia isu yang hangat sehingga sesetengah pihak mengambarkan:
"Walaupun menjadi hak kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tetapi membiarkan kes ini berlarutan akan melahirkan persepsi BN gila kuasa. Oleh itu, saya menyeru Nizar dan Dr Zambry menasihatkan Sultan agar memanggil satu pilihan raya baru."
- Oh Tong Keong, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan.
"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum."
- Tengku Razaleigh Hamzah, anggota Parlimen Gua Musang.
"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, insiden pada persidangan DUN Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat."
- Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman.
salam sue..
ReplyDeleteAlhamdulillah juga Nizar menang di High Court. Tertebus maruah dia. Sebelum ni, BN guna kuasa sultan untuk singkir dia secara tidak mengikut undang2 tubuh Perak..mcm dia takda harga diri saja. Sekurang2nya kemenangan di HC memihak padanya. Bak kata Najib, nak appeal lagi..its up to him lah kan. yang penting maruah kena tegakkan.Politik BN, ssh yang benar nak menang..
salam anis, betul tu...Sekurang2nya seperti yang dikatakan oleh Haji Sulaiman Abdullah, keputusan HC adalah bertepatan dengan suara rakyat...Yang benar tetap benar...Tapi sedih bila dengar kn kekalkan status Quo...jadi Zambry still MB...
ReplyDeletemcm2 yang berlaku. kita anggap sajalah Allah swt nak lindungi Nizar. Kadang2 bila difikir, bgs juga nizar xjadi MB.xdelah dia jadi mangsa lagi bila PKR minta mcm2.Bila berlaku hal sedemikian, pimpinan PKR takder pula yang lantang nak bela dia.sedangkan isu-isu berbangkit dulu pun yang menyebabkan kemurkaan sultan bertitik-tolak dari agenda2 PKR..
ReplyDeleteSu sendiri kadang2 xpasti mereka ni benar2 bekerja demi kepentingan rakyat atau tak...ttp bila dh terjadi perkara mcm ni seolah2 Allah nak saring yang mana sebenarnya benar2 berjuang bersama Nizar dan mana sebenarnya hanya tahu mengampu...Sekurang2nya tembelang mereka di ketahui...kita juga sebenarnya bersyukur mereka dah tunjuk taring sebelum diberi mandat yang lebih tinggi spt Adun Changkat Jering, Jelapang etc...Allah sayangkan Nizar...Betapa hanya Allah shj yang tahu bagaimana perasaan apabila di usir dari pejabat oleh mereka2 yang dahulunya hanya kuli2 bawahan...MasyaAllah...3 bulan yang penuh dengan ujian buat Nizar...
ReplyDelete