Saya dalam perjalanan ke Bandar KT yang mengambil masa kira-kira 2jam dari my hometown. Menjelang Ahad ini saya akan memulakan sesi attachment selama satu bulan di Kompleks Mahkamah KT…Destinasi perjalanan saya agak berterabur kerana ayah akan singgah di Kioks Celcom Dungun bagi membayar bil , kemudian saya akan mengambil barang2 yang bertimbun di stor Univ…menziarahi Tok di Pengadang Baru, Tokki saya ‘keluar 40 hari’ di Miri, Sarawak. Percaya atau tidak Tokki saya memang seorang yang aktif…Begitu juga Tok saya, masih dengan awet mudanya sehinggakan ramai menyangka Tok adalah kakak kepada anak2nya…Lucu bila di ingat2 balik…hehe..
Melalui kawasan penuh dengan rumah sarang burung layang2 – sekitar kawasan ini kebanyakkannya di miliki orang2 cina….deretan warung2 kecil yang makanannya amat2 murah…dengan bingitnya bunyi2 kenderaan lalu lalang bersimpang siur memastikan projek Lebuh raya Pantai Timur Fasa entah keberapa siap tepat pada masanya..Jalan raya banyak yang rosak…dek laluan lori2 dan jentera2 bagi menyiapkan lebuh raya…
Saya suka melihat golongan2 marhaen sebab itu saya suka naik bas bila balik ke rumah…Melihat suka duka, kebahagiaan , pelbagai ragam manusia menyebabkan saya terfikir betapa bertuahnya saya…di lahirkan dengan kurniaan Allah yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Dua nikmat yang tidak boleh di tukar ganti hatta dengan nyawa saya…Apa yang saya bimbangi suatu hari nanti, nikmat itu hilang dari saya. Nauzubillah…
Sehingga saat ini, bila digemburkan dengan virus swine flu, saya sering terfikir seperti juga yang lain, apakah ini tentera Allah yang di utus untuk menghapuskan umat manusia yang engkar pada-Nya…
No comments:
Post a Comment