Friday, March 25, 2011

M.A.R.A.H Part 1


hey, u want to fight????

Kehidupan ini dibentang oleh Allah sebagai satu didikan atau tarbiyyah kepada kita..Kerana itu di dalamnya terdapat pelbagai ragam manusia, dengan pelbagai kerenah untuk mendidik dan mengajar kita banyak perkara..Tipulah jika anda menyatakan sepanjang anda dilahirkan sehingga kini tiada ujian pernah 'kena' pada anda..Jadi,bersyukurlah anda andai diuji kerana itu tanda kasih Allah pada anda..

Ujian dan dugaan, ianya bertahap..mengikut kemampuan seseorang..Entri kali ini saya lebih fokuskan kepada bagaimana menguasai diri sendiri apabila berhadapan dengan ujian tadi dan saya narrow down lagi ujian itu akan menyebabkan kita lekas marah!..Misalnya kita di uji dengan kawan-kawan, adik-beradik, sanak-saudara..Dan mereka membangkitkan perasaan marah dalam diri kita..

Benar ujian yang kita diuji adakalanya cukup besar sehingga sukar untuk kita tahan perasaan marah. Perkataan yang biasa dalam percakapan kita biasanya "Aku dah tak boleh tahan", "Aku rasa nak lempang je dia"....Betul, kadang-kadang sampai satu tahap, dah tak tahu dah nak cakap apa (rasa geram)..

Tapi ingatlah bahawa marah semata-mata kerana nafsu yang mendorong kepada tindakan-tindakan yang dilarang oleh syarak seperti memaki hamun, menyakiti, mencederakan, khianat dan sebagainya adalah marah yang dicela oleh agama. Ia sudah pasti membawa kesan buruk yang berpanjangan. Walaubagaimanapun, jika perasaan marah yang timbul apabila melihat agama diperlekeh, aqidah dipermainkan, syariat diejek serta ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w dihina, maka marah itu tanda kekuatan iman dan sangat dipuji dalam agama.

Ketika membicarakan berkenaan pintu-pintu yang digunakan oleh syaitan untuk masuk dan menguasai hati manusia, Imam al-Ghazali menyenaraikan marah sebagai pintu UTAMA..Apabila diteliti kes-kes seperti memukul isteri atau anak dengan cara melampau, penceraian, kes bunuh dan lebih sadis mangsa dikerat dan dibakar, khianat, sabotaj bahkan sihir dan banyak lagi perbuatan negatif memperlihatkan seolah-olah mereka telah lupa akan kewujudan dosa pahala. Realitinya, semua ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan marah dan tidak mampu mengawalnya..

Tindakan-tindakan yang lahir daripada keadaan marah yang tidak terkawal meninggalkan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seseorang..Misalnya technology seperti fb juga akan disalah gunakan dengan mem 'post' di wall mengenai kemarahan mereka...Tindakan itu bukan hanya menjadikan persengketaan berpanjangan malah wall berkenaan turut dibaca oleh semua pelayar fb dan impossible mereka tidak meninggalkan komentar di wall dan ia berterusan menjadi bualan mulut orang..fb akhirnya menjadi wadah 'jaga tepi kain orang'..

FYI: Entri sudah terlalu panjang, so the next part submit esok...acik, i already forgive u..saranghaeyo....morning, just breakfast vico (no sugar sbb dah sweet) and leftover from yesterday..due to makan nasi minyak after gotong royong FUHA & BBQ, rasa dah banyak calori makan semalam..This evening, my nay and her friends akan ke Putrajaya..I really miss u nay..

*nay : mummy in Philippines

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. betul,kadang tu lebih baik terus terang aje..tapi masalahnye bila dah cakap, tak ramai yang boleh terima kesalahan sendiri..tak tahu nak buat cmne lg..bukan tak ckp tapi dh banyak kali bagi hint..still no improvement..kn tukar cara ke?...mslh takkan pnjg jika kita stop stkt tu aje..tp bila dh masuk fb semua akan tertanya2 kan..any suggestion?

    ReplyDelete
  3. tapi skrg yang sgt takut sebab "semua" dah main fb..banyak lagi perkara lain yg lbh penting dr benda2 mcm ni...tak tau nak ckp pe bila nafsu marah menguasai diri..sgt sedih bila tak mampu nak 'reda'kan keadaan & ianya makin worst..tapi yg pasti utk kejadian semalam, lps dengar dua blh pihak, i already knew who messed up everythings...

    ReplyDelete
  4. hahaha, nak jadi pendamai gak, tp disalah erti.. Jadi diam sudey, Bukan nak menang sape2, sebnrnya tak payah dgr dua2 pun, kita melihat dan amik iktibar. Kita tak payah nak tahu sape salah sapa tak pun, tak penting sume tu. Yang penting, bila org wat salah, maafkan je, dan jika yang buat salah sedar dia wat salah, dia kene mintak maaf gak. Tak payah nak ego2. Mende2 hal kecik2 leh solve dr awal kalau masing2 jaga hati masing2 tanpa perlu pendamai dan lain2.kan?

    Kak su, kata org, kita wajib tegur sekali je kan? Kalau dah tegur, dah lepas tanggungjawab pun. Dia paham ke tak, tu dia sendiri punya hal.Kalau dia tak paham2, doakan dia cepat2 paham. Gtu je.

    ReplyDelete
  5. kak ted pun tersalah guna FB gak, tapi tunang kak ted tegur, katanya ada sesetengah perkara baik bagi kita kalau post, tapi org rasa tak baik mende tu dipostkan, jadi, lebih baik puaskan hati ramai dari puaskan hati sorang.

    maknanya, ada sesetengah perkara kita leh post n ada yang tak post.

    ReplyDelete
  6. hehe..kak.ted..i agree with that statement...ok skrg 0-0...iktibar utk diri su juga...bak kata sir bad semalam kena jadi reflective bukan impulsive...jangan terburu2 bila ada masalah..jgn mudah melatah...

    ReplyDelete