Saturday, March 26, 2011

M.A.R.A.H part 2



Dari Solusi, Kesan Paku pada Tembok Batu by Ust Syed Mohd Norhisyam..

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said.."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu," jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melaksanakannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesutau ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, walau berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal."

Notes: Bila baca inzar sebegini, ia banyak mendidik hati saya..Sungguh kisah ini lebih saya tujukan pada diri sendiri, supaya ada improvement dan pembaikan kearah lebih baik dari semalam...Manusia sifatnya mudah terlupa dan perlu diperingatkan setiap kali, setiap ketika, setiap waktu..Adakalanya saya juga alpa dan leka...Benarlah kata2 "Mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah" dan " manusia yang paling kuat serta gagah di kalangan kamu adalah orang yang bisa mengawal dirinya ketika marah apabila berhadapan pelbagai tribulasi2 dan mehnah2 ujian"...Sukarnya menahan marah, kerana itulah hanya mereka yang bisa menahannya sahaja di letakkan martabat yang tinggi oleh Allah..


sukarnya nak memberi maaf dan menyatakan kemaafan,cuba untuk menjadi seorang pemaaf..

Saidina Ali juga apabila berhadapan dengan musuh, apabila musuh berkenaan meludah kepadanya, Saidina Ali tidak terus memenggal si musuh tadi..Lalu ditanya oleh musuh kenapa tidak terus membunuhnya..Saidina Ali menjawab, "Aku takut kalau-kalau aku membunuh serta mencederakan kamu kerana perasaan marahku dan bukannya kerana Allah."...Sukar untuk sampai ke tingkatan atau darjah sebegitu, tapi at least, we can try!!!

Don't forget, today, at 8:30 PM, lights will switch off around the globe for Earth Hour..


No comments:

Post a Comment