Assalamualaikum....
Lama saya meninggalkan blog Syaheed Awwal...Kadang ada juga saya membukanya tetapi entah kenapa tiada keinginan nak menulis panjang lebar...Syukur, selesai sudah majlis kenduri kesyukuran abang saya dan zaujahnya...Perancangan yang bermula sekitar 6- 7 bulan tahun lepas akhirnya berakhir jua...
Saya masih ingat seusai mereka di khitbahkan, planning untuk renovate rumah di usulkan ibu dan ayah saya...Alhamdulillah, selepas berhempas pulas dengan kerenah pekerja-pekerja yang renovate rumah, kewangan yang meruncing...akhirnya semuanya siap on time even tidak lah secomplete yang di impikan...Kami adik-beradik turun padang even mengecat, memilih tiles, mengangkat barangan dan peralatan, amal jamaie keliling rumah dengan pelbagai jenis macam barang-barang yang akhirnya tersadai dalam stor...
Alhamdulillah saya beroleh adik-beradik yang supportive...Mudah-mudahan ianya berkekalan hingga ke syurga..Kami membahagikan task masing2...Syukur semuanya selamat....Paling kasihan ibu ayah yang letih memanjang, moga kesihatan mereka berada dalam keadaan terbaik...
Akhir bulan 2, saya mula masuk final semester...Moga Allah beri kekuatan kepada saya,insyaAllah..Now, hectic life sentiasa menghantui diri..Takut jua kadang-kadang kita tergelincir dari niat asal belajar kerana Allah...Takut timbul perasaan riya', takabbur...Nauzubillah..InsyaAllah, hajat doa dari antum....
No comments:
Post a Comment