Saturday, June 13, 2009

Dr Fathi Yakan meninggal dunia






IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan group-group usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.


Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.

Innalillah....baru rasanya melihat gambar Dr Fathi Yakan di Syria beberapa tahun yang lalu...Message dari makcik Noraini mengkhabarkan berita itu diterima sebentar tadi....Beliau meninggalkan isteri yang juga pengasas Universiti Jinan di Lubnan.....Sungguh kita umat Islam kehilangan seorang tokoh ulama' yang benar2 berjihad demi Islam....

Saya sebenarnya baru sahaja pulang dari menghantar adik ke SMAKL...kebetulan, bila balik singgah sekejap rumah Miqdad dan Ziyad, kawan abang yang belajar sekali...mak beria benar nak berhenti, jadi sembang2 sekejap then lepas itu mak Miqdad ajak kami jumpa isteri Ayah Chik yang kebetulan di tepi pantai (pantai memang dekat belakang rumah aja)...jadi sempatlah kami bersalaman dengan isteri Ayah Chik...katanya Ayah Chik tak ada, pergi United Kingdom, penuhi invitation di sana...Ye la, saya kebetulan teringin juga jumpa Ayah Chik, nak tanya isu hangat sekarang pasal 'kerajaan perpaduan' yang di war2kan setiap kali berita utama di TV...sebelum balik ayah Miqdad bagi sotong dan ikan, katanya tak tahu nak bagi apa dah....Syukur lah, murah rezeki petang2 macam ni...

No comments:

Post a Comment