Monday, June 1, 2009

Islam yang indah


Sesungguhnya sahabat2 Islam itu amat indah....Keindahan Islam diserikan lagi dengan meletakkan yang haq pada tempatnya...Namun, bagi mereka yang kurang penghayatan terhadap Islam, mereka ada kalanya lupa bahawa mereka di jadikan Allah sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini...

Semasa berpraktikal, saya juga melalui hari2 berdepan dengan mereka yang bermacam2 ragam...ada yang menyenangkan kerja kita dengan mengajar apa yang patut, ada juga yang menyuruh buat semua kerjanya, ada yang menerima baik kita dan ajar apa2 saja tanpa kita minta....kesimpulannya manusia dicipta Allah dengan pelbagai ragam....begitulah manusia yang sentiasa lemah dan memerlukan pertolongan dari Allah...

Ada yang merasakan diri hebat bila berjawatan tinggi, ada yang tidak pernah tegur pun cleaner2 di pejabat,ada yang mengumpat2 di belakang...semuanya berpunca dari apa sebenarnya??...pada pandangan saya yang lemah ini, saya boleh katakan mereka sebenarnya ada masalah hati yang serius dan perlu kepada rawatan....

kenapa saya katakan begitu kerana, semuanya berpunca dari hati, hati ibarat raja kepada anggota yang lain ataupun rakyat...jika baik raja itu maka rakyat juga akan mengikut dan menurutinya...Entri kali ini sememangnya berkisar tentang penyakit hati...penyakit turun temurun sejak zaman nabi Adam, bermula dengan penyakit dengki mendengki antara Qabil dan Habil, Nabi Yusuf dan adik beradiknya yang lai dan sebagainya....

Saya pernah berjumpa seorang yang agak tinggi pangkatnya di kompleks....saya bertanya kan soalan yang sememangnya saya tidak tahu,tapi di balas dengan kata ynag cukup sinis, yang pada logik akalnya ramai tidak boleh terima....saya terkilan....sebabnya dia memandang kami cukup kecil di matanya...sewaktu hendak keluar dari biliknya, dia langsung tak tengok malah mengadap komputer disebelah kiri dan tak menjawap pun salam kami..hati mana tidak terguris ya...

kepada mereka diluar sana...jika anda berada diatas jangan lah rasa gah kerana Allah lebih hebat dan berkuasa dari anda...jawatan anda sekarang bukanlah mutlak buat anda tapi hanyalah sekadar pinjaman....Allah tetap boleh menariknya bila2 masa sahaja....wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment