Thursday, July 9, 2009

Syu'ur Dalam Berdaqwah

Sesungguhnya, syu'ur dalam berdaqwah amatlah penting dalam menyemarakkan lagi hati kita seupa bekerja dengan lebih bersemangat sepanjang melalui liku2 dalam daqwah...Setiap kita merupakan manusia biasa yang tidak dapat lari dari mempunyai perasaan ingin di hargai, di sayangi, di sukai dan dihormati...

Kerja2 dalam daqwah bukanlah seindah dan semashyur melalui permaidani merah atau red karpet tetapi ia merupakan satu kerja dan tanggungjawab yang tidak popular, penuh ujian dan dugaan sampai satu tahap kita merasakan 'exhausted' dengan kerja2 sebegini...Benar, kerja ini merupakan volunteer, tidak di bayar gaji dan kadang kala di cerca di maki...tetapi inilah dia ladang untuk kita menuju ke akhirat....untuk kita membayar mahar ke syurga...untuk kesenangan kita di akhirat...

Dalam kerja daqwah, tiada istilah pencen mahupun give-up...ini kerana kerja daqwah dan tarbiyyah atau D&T adalah kerja sepanjang masa sampai ke liang lahad...Tidak ramai yang menyedari betapa besarnya pahala di sisi Allah kepada mereka yang memperdagangkn dirinya untuk di tukarkan dengan akhirat....saya sendiri masih di tahap yang tidak seimbang....

Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita excuse di hadapan Allah ketika di soal di padang mahsyar nanti...

No comments:

Post a Comment