Friday, February 19, 2010

Dia Sahabatku..


c.lily yang 'chinese look'

Ramainya yang lahir bulan Februari tahun ni...tak lupa diucapkan Selamat Ulang Tahun ke-24 buat sahabat rapat saya Suhailey pada hari ini..Kebetulan,hari lahir Suhailey jatuh pada hari Jumaat, semoga ia membawa berkat..Maaflah, letak gambar tak minta permission dulu...Masih ingat lagi kenangan dulu tahun 2000, Suhailey baru pindah ke sekolah saya. Seronok berkawan dengannya, dia sememangnya berbakat dalam berkata-kata, periang orangnya, tak susah nak mulakan bicara dengannya..Rasanya bidang yang saya ambil sekarang lagi sesuai dengannya..Kami bersahabat selama 4 tahun sehinggalah kami ikut haluan masing-masing..Saya stay di pantai Timur, memandangkan sudah lama berjauhan, lagipula taklifan menggantikan akhi khabir yang further study kat luar, menyebabkan saya lagi prefer dekat dengan family..Suhailey pula ke Pantai Barat, meneruskan pengajian di Kolej yang sedang meningkat naik namanya sekarang..Sehinggalah Allah takdirkan pada awal tahun 2007, kami berorientasi bersama, di Univ yang sama..Cuma, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuknya, bila dia mula berpindah semula ke Pantai Barat, Univ yang berdekatan dengan Kolej pengajian yang dulu dan tempatnya lebih dekat dengan abang2 dan kakak2nya..

Paling penting, saya selesa bersahabat dengannya..Walau jauh, kami still contact even kadang tu lama juga la hibernate..Sejak di sekolah, kami semua memanggilnya cik lily, pangkatnya dalam keluarga kepada anak-anak 'menakan' (saudara)..Loghat Kedah masih ada even dah duk lama kat Pantai Barat..Tahun lepas, bila memikirkan siapa akan fetch saya dan Wardah bila kami travel dari Pantai Timur ke sana semata-mata kerana ukhuwwahfillah mahu berjumpa sahabat-sahabat di sana, Suhailey tanpa banyak soal, willingly nak ambil kami kat airport..Sehingga saat ini, apa2 personal matter, saya pasti akan merujuk padanya..Apa pun,moga Allah merahmatimu duhai sahabatku..Moga ukhuwwah ini kekal sehingga ke syurga..Ameen~

*********************************************
Perhimpunan Perdana Palestin anjuran beberapa NGO di Malaysia mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat..Dan ini keratan akhbar METRO dan dalam websitenya juga ada beberapa klip video interview bersama ulama'2 atau sheikh2 Palestin ini...Saksikan...


Menceritakan pengalaman di Gaza

Sumbangan kepada rakyat Palestin

inilah dia Syeikh Abu Bakar

PENASIHAT Kanan Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Abu Bakar Al-Awawida, buta kedua-dua matanya akibat diseksa tentera rejim Israel pada 1981. Namun, perjuangannya tetap utuh, malah tidak berganjak sedikit pun untuk mempertahankan negaranya.Perhimpunan yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Palestine Centre of Excellence (Pace), Haluan Palestin, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, Pertubuhan Mawaddah, Kispa dan Viva Palestina Malaysia, menampilkan beberapa tokoh daripada pertubuhan pembebasan Palestin, termasuk Koordinator Bantuan Antarabangsa Palestin, Sheikh Abu Ahmad Ziad al-Qishawy.

Menurutnya, hanya lima juta daripada mereka menetap di tanah air sendiri manakala yang lain terus terusir sejak kezaliman rejim Israel lebih 50 tahun.Tentera rejim membunuh beratus ribu penduduk Palestin, malah mencederakan ramai lagi. Bukan itu saja, mereka juga menangkap dan mengusir secara paksa, menghancurkan rumah dan menggantikannya dengan unit pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

Sehingga kini ada lebih 700 unit pemeriksaan tentera. Mereka juga menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa.Jadi tidak mustahil, mungkin sekarang, satu jam atau beberapa saat lagi Masjid al-Aqsa boleh tersungkur, kerana tidak ada lagi penyangga yang menahan masjid berkenaan.
Syeikh Abu Bakar, 48, yang berasal dari satu daerah kecil di a-Khalil, 35 kilometer dari al-Aqsa, mempunyai lapan anak, iaitu lima putera dan tiga puteri melalui seorang isteri.Pada usianya belum mencecah separuh abad, beliau juga dikurniakan tiga cucu.

Beliau sekeluarga yang dipaksa keluar dari bumi Palestin oleh tentera Israel dan kini tinggal di Damsyik, Syria berjuang dan menyuarakan nasib rakyat Palestin melalui Ikatan Ulama Palestin yang diasaskan pada 1990, di Tebing Barat dan Gaza.Pertubuhan itu membabitkan keahlian kalangan ulama pelbagai daerah di Palestin, dengan tujuan mendidik serta memberikan kesedaran kepada generasi baru supaya mempertahan Palestin, khususnya Masjid al-Aqsa.
Ia turut mempunyai beberapa cawangan di luar Palestin dan di kawasan kem pelarian Palestin termasuk di Lubnan, Yaman, Syria dan Sudan, sekali gus dapat membantu meringankan penderitaan mereka, terutama di kem pelarian.

Syeikh Abu Bakar berkata, rejim Israel semakin ganas, malah akibat penjajahan Israel, kanak-kanak hidup dalam ketakutan dan berdepan jaminan masa depan yang pudar.Sesetengahnya bergelar yatim sejak bayi kerana ibu bapa terkorban dalam konfrontasi.
“Bagi sesetengah kanak-kanak, orang tua mereka sudah syahid, cacat anggota badan dan ditangkap tentera Israel. Sekolah pula rata-ratanya hancur akibat pengeboman tentera rejim Zionis.

“Mereka diharamkan daripada mengikuti kelas pembelajaran, untuk mendapat ubat-ubatan, malah diharamkan untuk mempunyai peralatan mainan seperti kanak-kanak sebaya lain.
“Bahkah, kertas sukar diperoleh walaupun hanya sekadar untuk menulis. Mereka sangat susah, seolah-olah berteriak kepada dunia, ‘lihatlah wahai saudaraku, apa sudah dilakukan tentera Israel terhadap kami dan kenapa kamu semua diam’.“Ramai juga kanak-kanak ditangkap dan diseksa tentera Israel, malah ada yang kehilangan penglihatan akibat diseksa, kehilangan tangan dan kaki, tetapi mereka tetap bersemangat untuk belajar,” katanya.

Beliau berkata, mereka memanfaatkan ruang yang ada di kem pelarian untuk belajar, malah ada yang menggunakan kemudahan di masjid untuk membaca dan menghafal al-Quran. “Kanak-kanak Palestin di luar negara pula sangat menderita kerana berjauhan dari tanah air dan tidak tahu menahu di mana ibu bapa mereka.“Mereka di luar Palestin seperti di Syria, Lubnan, Yaman, Iraq dan Sudan serta Malaysia sangat memerlukan perhatian kerana mereka mahukan hak sama seperti kanak-kanak lain, terutama hak untuk belajar,” katanya.

Beliau berharap kerajaan Malaysia juga membantu kanak-kanak Palestin untuk mendapat hak dalam bidang pendidikan.“Kedua-dua mata saya menjadi buta selepas diseksa dan dipukul di dahi sewaktu ditahan dan dipenjarakan rejim Zionis selama 54 hari ketika masih belajar di Ma’had Syarie di al-Quds.“Saya akui penglihatan memberikan banyak kelebihan dan dengan keterbatasan ini membuatkan pergerakan saya sedikit terhalang, tetapi saya berusaha dengan gigih bersama bantuan anak dan isteri, sehingga kini saya dapat melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana,” katanya sesekali menongkat pipi dan menggosok bahagian matanya yang tidak boleh melihat akibat diseksa ketika usia remaja.Syeikh Abu Bakar sudah membuktikan kepada tentera Israel, memang benar dirinya diseksa hingga hilang penglihatan tetapi masih tidak terdaya menghalangnya untuk membantu perjuangan kaum Muslimin Palestin.“Tentunya saya, malah kita umat Islam sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu buat rakyat Palestin,” katanya.

No comments:

Post a Comment