Jangan salah faham, sebenarnya boleh juga pandang belakang sekadar untuk melihat kembali kesalahan atau kesilapan kita, seterusnya menjadikan ia batu loncatan untuk kita sentiasa berusaha memperbaikinya....Di sini,saya tertarik untuk masukkan entri buku yang luar biasa impaknya iaitu Laskar Pelangi..Walaupun buku Laskar Pelangi sudah lama dipublish sehingga melonjakkannya ke rating yang cukup tinggi..Sehinggalah munculnya cerita Laskar Pelangi yang sarat dengan pelbagai input-input hebat dan luar biasa...Lebih gah lagi apabila ia juga mampu memecahkan tembok penulisan di Malaysia..Di Indonesia sendiri, Laskar Pelangi sudah beratus kali di buat diskusi mengenainya..atau dipanggil "Bedah Buku"..
Inilah dia 'orang kuat' Laskar Pelangi.Andrea Hirata pada tahun 2008 di Pameran Buku PWTC (berbaju merah)
Saya pernah terbaca mengenai bagaimana novel Laskar Pelangi ini di publishkan..Ceritanya bermula apabila Andrea (penulis Laskar Pelangi) menggunakan komputer kawannya untuk menulis novel sebagai tribute untuk ibunya Ibu Muslimah..kawannya menyarankan supaya dihantar kepada penerbit buku untuk diterbitkan, namun Andrea enggan. Dengan tidak disedari Andrea, kawannya menghantar penulisan novel itu sehinggalah minggu pertama ianya dipublishkan sudah pun menjadi ibarat menjual "goreng pisang" panas...Betapa hangatnya penjualan buku Laskar Pelangi ketika itu sehinggalah ia mengangkat nama Andrea di Indonesia..Andrea sebenarnya tidak mendapat training secara terus untuk menjadi penulis..dia hanyalah orang biasa namun Andrea membuktikan dia berjaya menghasilkan penulisan yang "Luar Biasa"...
Ia menceritakan perjuangan Pak Herfan dan Bu Muslimah mendidik 10 orang murid di sekolah islam pertama yang serba kekurangan sehingga membuka mata masyarakat ketika itu..Bagaimana murid-murid itu amat genius dan mereka berfikir lain dari murid-murid lain..Cerita sarat dengan emosi apabila salah seorang murid itu terpaksa menjaga adik-adiknya kerana ayahnya hilang di laut...-sekadar brief sahaja..
No comments:
Post a Comment