Tuesday, February 2, 2010
entri 208
Alhamdulillah Allah perkenankan saya berjumpa kak Fatimah Syarha dan anaknya yang suka smile Al-Haura' Maqsurah (nama bidadari syurga) dan maqsurah itu ada dalam ayat Quran (tak ingat dah surah apa)..kak Ha siap eja nama anaknya serta baca surah sempena nama Maqsurah..Haura' cukup comel dan ada triple chin lagi (suka duduk dalam strollernya dan sesekali menangis mahukan halib)..sempat mendukung anak kak Fatimah Misran yang comel sangat, ikut muka abinya barangkali,Muhammad Al-Fateh. Fateh asyik menangis sahaja kerana tidak biasa dalam keadaan ramai orang agaknya. Bermain-main dengan anak kak Amirah yang aktif sangat-sangat Abdullah Amin. Amin cukup suka mengacau umminya solat. Amin bakal dapat adik 2 bulan lagi. Selain Amin, Umar Al-Fateh (anak kak Mariyah) juga asyik bermain dengan Amin.. Sesekali terdengar Umar menangis bila Amin ambil mainan dia..Kak Fizah, senior semasa belajar dulu turut membawa perutnya yang sarat, due nya sama bulan dengan kak Amirah. Kak Fizah rupanya dah ada seorang anak perempuan berusia 2 tahun...Sekejapnya masa berlalu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment