Sunday, April 11, 2010

Artikel yang di'hijab' sementara waktu..


InsyaAllah, satu hari nanti saya juga hajat untuk masuk Buckingham Palace

Sudah lama mahu post entri ini namun tertangguh...ia kesinambungan dari entri Pelajar Malaysia dapat anugerah Ratu Elizabeth sebelum ini...namun, apa yang nak diberitahu..rupanya insan bertuah ini ibu kepada Zatul Iffah yang hanya dipanggil kak Zatul oleh adik saya,Ain dan shbtnya Zulfa Roslan..Cubalah baca entri ini smpai habis..

LONDON: Pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Noor Zaitun Yahaya adalah antara wakil Institute for Transport Studies (ITS) Universiti Leeds, di sini menerima pingat Hadiah Ulang Tahun Queen untuk Pengajian Tinggi 2009 (Queen’s Prize) daripada Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, semalam.Noor Zaitun, 44, yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) di ITS Universiti Leeds turut menerima sijil untuk kumpulan penyelidikannya dan universiti itu bagi kajian mereka mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar.Anak kelahiran Perak ini adalah antara 10 wakil Universiti Leeds, termasuk Pengarah ITS, Prof Mark Wardman dipilih untuk menerima dan membawa pulang anugerah yang julung-julung kali diterima universiti itu.


Berikutan kejayaan itu, ITS dibenarkan menggunakan logo Queen’s Prize itu selama empat tahun. Anugerah yang diberi setiap dua tahun ini adalah pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang universiti dan kolej di United Kingdom untuk kehidupan intelektual, ekonomi, kebudayaan dan sosial.Noor Zaitun adalah antara 40 pelajar PhD di institut berkenaan. ITS Universiti Leeds adalah pusat kajian pengangkutan terbesar di Eropah dan menjadi pusat rujukan global. Bercakap kepada Berita Minggu selepas upacara penyampaian anugerah selama satu setengah jam itu, Noor Zaitun berkata, Ratu Elizabeth berminat mengenai Malaysia dan bertanyakan mengenai bidang penyelidikannya.

“Saya menerangkan kepada baginda bahawa penyelidikan saya ialah mengenai pengangkutan dan pencemaran udara. Suami baginda, Duke of Edinburough dan puteri mereka, Princess Anne, juga berminat mengetahui mengenai Malaysia dan sistem pendidikannya.“Saya memberitahu betapa bangganya saya dapat mewakili Malaysia dan sebagai tetamu pada upacara berkenaan,” kata Noor Zaitun.

Noor Zaitun yang berbaju kurung sutera merah ternyata menarik perhatian ramai ketika upacara itu berlangsung. Turut meraikan saat bersejarah itu ialah suaminya, Haji Fakharuldin Ishak, 45; dan keenam-enam anak mereka, Nur Izzah, 18; Zatul Iffah, 16; Abdullah Azam, 14; Muhammad Al Fateh, 12; Nur Qistina, 10; dan Abbas Azizi, 8.Noor Zaitun dijangka menamatkan pengajiannya dalam tempoh satu setengah tahun lagi. Sebagai pelajar cemerlang sepanjang pengajiannya, Noor Zaitun mendapat tajaan Bank Dunia untuk pengajian Ijazah Sarjana Mudanya (MA) yang juga membolehkannya datang ke London pada 1990 untuk meneruskan pengajiannya.

Sumber : Bharian.com.my

Zatul Iffah, dulunye bersekolah di Sekolah Rendah Ibn Qayyim, tempat saya pernah menjadi guru ganti selepas praktikal di Biro Bantuan Guaman (BBG) empat tahun lepas..Selepas ibunya berangkat ke London membawa keluarga bersama, mereka (adik saya dan Zulfa masih berhubung menerusi Email dan surat (selalunya dihantar dr rumah Zulfa) ke Leeds, UK)...Jazakillah buat nay yang menjumpai artikel yang saya cari dah lama, tapi Allah izin jumpa jugak..Sedap nama semua adik beradik Zatul ni...semua ada Abdullah Azzam, Muhammad Al-Fateh, Abbas Azizi..InsyaAllah, esok paper BML (Bhs Melayu Undang2)...

No comments:

Post a Comment