Monday, April 26, 2010

Makan malam kumpul dana untuk penduduk Gaza

Sumber dari Utusan Malaysia hari ini...muka surat 27...

KUALA TERENGGANU 25 April - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) cawangan Terengganu akan menganjurkan Majlis Makan Amal Talian Hayat Gaza Palestin di Primula Beach Hotel di sini pada 30 April ini.Yang Dipertuanya, Ishak Yusof berkata, program yang dianjurkan melalui Biro Haluan Palestin itu pertama kali dianjurkan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada penduduk Gaza.Katanya, dana yang diperolehi akan disalurkan melalui Haluan Palestin Malaysia yang akan menyertai Konvoi Kemanusiaan Haluan Palestin anjuran Yayasan Hak Asasi Kemanusiaan, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH Turki).

Menurut beliau, konvoi bantuan kemanusiaan IHH Turki akan menggunakan 20 buah kapal yang turut disertai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa termasuk dari Malaysia. ''Majlis makan malam juga diharapkan dapat menyedar serta mendidik masyarakat akan kepentingan memperjuangkan hak-hak asasi manusia di samping menyampaikan informasi berhubung situasi terkini di Palestin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ishak berkata, sempena majlis makan malam itu, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Shoutul Furqan-Malaysia dan persembahan multimedia isu Palestin.Katanya, pihaknya berharap dapat mengumpul sebanyak RM30,000 pada majlis makan malam itu.Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi penganjur majlis makan malam itu mempelawa syarikat korporat, NGO dan individu untuk bersama-sama membantu menjayakan majlis tersebut dengan membeli meja sambil menderma.

Mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariat melalui talian 016-9803001 atau 09-6880888 serta 019-9510101.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Nampaknya semakin giat usaha kita mengumpul dana utk Palestina tercinta.

    Hr ni ana gi konsert yg diorang buat kat masjid wilayah...

    Sudah mencapai target utk membeli kapal yang dirancangkan ke Sue?

    ReplyDelete
  2. Salam Milah, rindu la kat Milah ni...Alhamdulillah, setakat hari ini separuh jentera sudah diguna, cuma menunggu semua tenaga IPT WT turun padang untuk Roadshow shj..
    Kat sini laluan agk sukar berbanding di Wlyah Tengah dan Klntn..
    Semalam abg Sue ckp dah ada 2 kapal, kargo dan penumpang yg dibeli,kt Turki kot..Selalu juga terfikir nk turun kt KL, cuma exam blm habis...hehe..

    ReplyDelete
  3. Oh..exam tak habis lagi ye.. InsyaAllah, moga Allah permudahkan... maan najah bil khair... :)

    ReplyDelete