Friday, April 9, 2010

Kerahkan segala kekuatan


Kehidupan sebegini di Palestine, apa perasaan anda? seluruh badan kita berdarah, masih mahu membisu sehingga makin kritikal atau mencari ubat (menyalurkan bantuan)??

Berbalik kepada persoalan Palestine...Apa yang boleh kita lakukan? Pertama, jika tidak silap saya bulan Mei ini akan diadakan sekali lagi misi kemanusiaan dan juga menyalurkan bantuan ke Gaza tidak kira dari segi perubatan (alat-alat ubatan), makanan dan minuman, keperluan seperti pakaian dan lain-lain..bantuan kali ini lebih kurang sama dengan Viva Palestina 3 baru-baru ini..cuma yang menjadi kelainan, adalah menerusi jalan laut melalui Turki...melalui kapal2 ke sana..Tentu ramai tertanya-tanya mengapa jalan laut..

Turki dan Israel menandatangani perjanjian diplomatik mengenai perairan..Jadi peluang untuk ke sana tanpa gangguan dari Israel agak besar..kita cuma merancang..namun dalam masa yang sama kita juga harus berwaspada kerana muslihat licik Jews ini amatlah dahsyat..mereka sudah merancang awal untuk menghalang segala bentuk bantuan ke Gaza...

Jadi, bagi membantu sukarelawan kita ke sana, marilah kita sama-sama membantu dari segi kutipan dana untuk membeli kapal ke sana..kita perlukan banyak kapal sebagai persediaan menghadapi segala bentuk masalah sepanjang berada di perairan sebelum tiba di Gaza..Ingat, bagi sesiapa yang membaca entri ini, anda bertanggungjawab terhadap saudara seaqidah kita di Palestine..bagi non-Muslim, anda juga bertanggungjawab atas dasar kemanusiaan (human right had been abused for so many years)..Lekas, kerahkan segala kekuatan kita untuk mengutip seberapa banyak dana dan di salurkan untuk Palestine..

Ingat, di bumi Syam, terdapat lebih daripada 10,000 nabi dan rasul yang di makamkan di sana, bumi Syam terdiri daripada 5 buah negara iaitu Syria, Jordan, Utara Iraq, Lubnan dan Palestine..di Palestine sahaja kita ada Masjidil Aqsa...Apa perasaan anda apabila kiblat pertama kita di injak-injak, apa perasaan anda apabila rumah Allah di perlakukan sesuka hati...Dalam doa anda, adakah di sebutkan doa melindungi seluruh umat Islam seluruh dunia yang berjuang demi Islam??..ada mendoakan Palestine, saudara seaqidah kita???..

Cuba lihat di sekeliling anda, terlalu banyak ramalan..sejak dahulu Kristian dan Yahudi telah menerbitkan pelbagai filem, cerita berkisar tentang ending of this world...tentang jugdment day..keluar pula movie 2012..Namun, yang paling saya terkesan sejak beberapa bulan sebelum ini, terlalu banyak berlaku gempa bumi..dan terbaru di Indonesia, jiran kita..Bumi seolah-olah marah kepada seluruh manusia...Bumi memuntahkan kemarahan dengan menelan mereka menerusi gempa bumi..ini baru bercakap tentang gempa..tidak termasuk taufan, banjir, kemarau berpanjangan...Hidup ini hanyalah pinjaman dari Allah..Nikmat udara pinjaman dari Allah..Ayuh, kerahkan keringat anda demi meninggikan Deen Allah..Ayuh sama2 selamatkan Palestine...

FYI: This Monday will be my first final paper(during my study week)...4 May 2010 will be my last paper...Kepada all my friends around the world, may Allah bless you...bak kata one of my friends from Pakistan (she always said "Allah Al-Hafiz" when our conversation ends)..Allah Al-Hafiz to everybody...Doakan..

No comments:

Post a Comment