Tuesday, March 22, 2011

8.9


Pusaran air yang mengikut arahan Allah

Mungkin agak lambat saya 'post'kan mengenai tsunami 8.9/9.0 skala richter yang melanda Jepun 11 March lalu..Apa yang saya pernah ingat, setiap kali berlaku kejadian seperti tsunami, earthquake, serangan 11 September WTC , pasti tika itu saya berada di rumah..

Masa berlaku gempa dan tsunami di Jepun, saya berada di rumah cuti weekends selepas hampir 6 weeks tidak pulang after semester break musim perayaan Gong Xi Fa Cai...Kebetulan adik juga cuti sekolah..Acik juga balik rumah after habis discussion dengan bahagian penajaan di KL..So, rumah memang full house la..Banyak perkara nak di sembang, dua hari belum habis bercerita..

Berbalik pada Jepun, semua tahu Jepun merupakan ikon negara maju di Asia..Jadi tidak hairanlah bangunan-bangunan pencakar langit gah berdiri teguh dan Jepun juga dikatakan antara expensive city di dunia sampai mengalahkan negara2 Europe..Hebatnya Jepun di pandangan mata kasar kita..Namun hakikatnya secanggih mana pun Jepun dengan teknology2 yang hebat, musibah tsunami 11 March akhirnya membuatkan Jepun kelu tidak berkata-kata..

Air laut 'mengganas'

Kerosakan yang bukannya sedikit

Walaupun musibah tsunami 11 March tidak seteruk di Acheh yang mengorbankan lebih kurang 120,000 nyawa manusia, namun kerosakkan fizikal di Jepun amat-amat dahsyat..Jika di Acheh amaran awal tsunami tidak lah sepantas di Jepun kerana mereka di lengkapi kelengkapan canggih dan mendapat amaran awal tsunami, namun gelombang tsunami lebih deras dan laju menerjah bumi Jepun...


Loji nuklear terbakar

Kemusnahan

Lihat sahaja video di Youtube, Fb dan mana2 blogs, ia amat dahsyat..malah meninggalkan mimpi ngeri terkenangkan impak nuklear di Chernobyl, Ukraine tahun 1986...Sehingga kini, Chernobyl seolah-olah bandar 'mati'..dengan pokok dan rumput yang kering ala-ala kawasan tundra.selepas 3 loji nuklear meletup di Jepun saat ini dan proses penyejukkan gagal, tidak pasti sejauh mana radiasi akan merebak..ia juga meninggalkan perasaan takut dan gementar dalam jiwa saya..Maha suci Allah..


Sebelum dan selepas tsunami 11 March

Alhamdulillah IHH di Turki turut menghantar bantuan kemanusiaan ke Jepun tanpa banyak persoalan..Jika anda common dengan Mavi Marmara sewaktu misi ke Gaza tahun lepas, IHH merupakan penganjur kepada Flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza..Jika di imbas kembali, sekelip mata sahaja saya lihat menerusi video, cepatnya air laut yang dahulunya indah dan tempat kita mandi-manda, akhirnya mengganas sehingga tidak boleh dibayangkan sekiranya berada di tempat mereka..


Air laut menerjah daratan

Tsunami hanyalah 1% sahaja ke'dahsyatan'nya berbanding hari kiamat kelak...Berkali-kali Allah menghantar peringatan kepada kita, tidak kiralah menerusi Gunung Merapi, letusan glasier Eyjafjallajokull, gempa di Haiti, taufan di New Orleans, banjir teruk di Australia dan sebagainya..Musibah-musibah berkenaan bagi seorang Muslim yang beriman kepada Allah, mereka akan merasakan ianya satu teguran dari Allah, bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata, kehidupan kita singkat saja..Kerana akhirnya kita akan pulang menemui Rabb kita iaitu Allah...

Gambar satelite

Apabila kita dijemput pulang oleh Allah, apa yang ingin kita persembahkan kepada Nya?..Seseorang anak Adam, apabila meninggal, hanya tiga perkara yang akan menyelamatkannya..Bahkan segala harta kekayaan,pangkat, anak-anak, suami atau isteri segalanya ditinggalkan..Hanya tiga perkara yang dibawa sebagai bekalan. Pertama, ilmu yang bermanfaat, kedua, sedekah jariyah dan ketiga doa anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya..

Hampir semuanya 'lumpuh'

Ya, saya teringat kata-kata MCS tempoh hari, "Jika kita nak biasakan lakukan kebaikan, lakukanlah sedikit demi sedikit,lama2 insyaAllah akan menjadi darah daging kita, namun kalau nak tinggalkan keburukan, tidak boleh berdikit-dikit,malah kena tinggal terus seolah-olah takut di campakkan kedalam neraka Allah"...Jika mahu berbuat kebaikan seperti bersedekah etc, jangan banyak fikir, buat sahaja kerana jika banyak fikir, takut2 berubah hati-ini melalui pengalaman (depends pada anda)...

p/s: May ur journey safe (to Acik otw to Perlis 4 promotion KTD)and alhamdulillah, i got good news this evening from my bro..hopefully, one week is enough for u to make the big decision 4 the sake of ur future..hehe..

2 comments:

  1. hurm, kadang2 takut tsunami sampai d terengganu

    ReplyDelete
  2. btl tu k.ted...jangankan tsunami , baby tsunami pun dahsyat..moga Allah selamatkan kita dari segala musibah...Jadikan musibah sbg booster untuk kita tingkatkan keimanan pd Allah..itu yg penting..

    ReplyDelete