Thursday, June 19, 2014

Perlukah kepada Chestfreezer



Saya continue mengenai penyusuan iaitu mencari Chest feezer. Untuk chest freezer, asalnya saya merasakan susu tersebut muat untuk dimasukkan ke dalam freezer fridge kami. Tetapi untuk awal-awal kelahiran semasa berpantang dan 3,4,5 bulan pertama usia Azzam, susu sangat- sangat meriah.

Boleh saya katakan setiap kali pump memang terlalu banyak even boleh sekali pump 10 oz dan lebih. Masya Allah Allah beri rezeki lebih. So bayangkan kalau sehari dua kali pump memang sangat meriah. Jadi bila masukkan dalam freezer, memang tak muat dah. Itu pun kami beli sahaja makanan malam sebab tak nak simpan ikan, ayam, daging nanti akan effect bau dan rasa susu yang di simpan. So , kami plan untuk beli chest freezer.

Asalnya cari secara online juga. Ada chest freezer murah tetapi jauh pula. Di Klang. Kosnya pun banyak if nak angkat guna lori. Saya memang dah cakap siap-siap pada suami untuk chest freezer saya tak mahu second hand pasal orang dah guna dan sekarang nak letak susu anak. Kalau boleh nak yang better la. Semuanya demi menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.

Akhirnya kami plan untuk survey setiap kali weekend, so kami pergi ke Senawang, Seremban. Cuba bandingkan harga dan sebagainya. Memang kena well planned kalau tak nanti tak dapat best offer. So,  untuk yang baru first time nak cari chest freezer, korang boleh tengok berapa liter yang boleh muat dalam tu. Ada 130L, Ada 110L dan lain-lain. Oleh kerana kami plan yang biasa-biasa sahaja, so kami pilih 110L sahaja. Walaupun Nampak kecik tapi kami dah plan awal-awal kaedah penyimpanan kena betul baru boleh simpan banyak. So itu tugas suami.

Brand untuk chest freezer yang kami jumpa banyak, ada Butterfly, Khind (siap ada cermin atas, tapi suami tak berkenan). Last-last kami decide beli brand Midea. Malaysia mari. Takpe lah asalkan ada tempat nak refer if berlaku kerosakan atau apa-apa kan. So, sampai hari ini sudah lama la kami gunakan Midea untuk simpan stock, icepack, ice bricks. So far banyak berjasa. So pilihlah yang terbaik untuk anak-anak. Tidak semestinya perlu ada chest freezer untuk memastikan penyusuan ibu Berjaya. Fridge biasa pun ok. Asal kita setkan mind dan istiqamah.

Untuk milk storage bags pula saya sarankan Autumnz. Terlalu banyak brand. Ada Avent tapi agak mahal. First Year pula rare, susah nak dapat, Jingle Jungle (ada yang suka sebab senang nak susun dalam fridge), tapi untuk yang lasak macam saya Autumnz so far is the best lar. Memang tahan tak mudah pecah. Double zip lock dia lagi better berbanding Jingle Jungle. It is up to you la mommies..Hihi.

Untuk milk storage bottles without teat, bagi saya brand yang paling saya berkenan dan puas hati adalah Bumble Bee. Begitu juga Jingle Jungle. Tetapi untuk Autumnz penutup tengahnya memang senang tertanggal. Mungkin saya terlebih lasak ke. So ini pun ikut masing-masing punya selera. Cuma untuk Bumble Bee ade satu color sahaja. Jingle Jungle ade 2 version. Satu wording “Mom Milk Is The Best” dan satu lagi wording “Milk of Love”. Semua wording kat bottles. Yang paling meriah Autumnz berbagai color. Biru, Pink, Hijau, Natural dll. Siap ade pictures. Cantekk.

Untuk icepack saya  hanya gunakan Autumnz. Untuk ice bricks saya gunakan Jingle Jungle. Ketahanan bagi saya ice bricks lagi tahan berbanding icepacks. Itu menurut pandangan saya sebagai pengguna la. Nantikan juga entri saya mengenai pemilihan botol susu bagi anak based on pengalaman anak full breastfeeding.


Ingin mendapat konsultasi percuma dari saya tentang cara pemakanan dan gaya hidup sihat, sila contact saya segera!!!..InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk anda.
Saya juga merupakan Shaklee Independent Distributor

SID :1151248


Tel/Whatsapp:019-6195405
E-mail: thareeq09@gmail.com /first_death2217@yahoo.com

1 comment: