Assalamualaikum semua...
Kali ini entri saya berkisar
tentang penyusuan. Harapan saya perkongsian ini akan membuka mata ibu-ibu dan
bakal ibu di luar sana mengenai penyusuan. Saya juga seperti anda, masih newbie
dalam penyusuan. Mesti ramai yang sudah membaca mana-mana blog tentang
penyusuan.So ini kisah saya untuk di kongsi dan saya juga akan cuba menolong
sedaya mampu untuk bersama kalian melangkah ke alam penyusuan penuh keindahan.
Sebelum melahirkan Azzam saya
sering gunakan masa terluang untuk survey tentang penyusuan. Saya setkan dalam
mind saya mahu fully breastfeed anak saya selama 2 tahun. Itu target saya. Saya
pernah membaca ayat Quran tentang penyusuan. Anda juga boleh google ayat
berkenaan. Saya menyediakan plan tersendiri. Langkah pertama saya lakukan saya
berbincang dengan suami apa yang perlu saya prepare untuk menjayakan penyusuan
tersebut.
Alhamdulillah suami sangat
supportive tentang niat dan hajat saya menyusukan anak kami sehingga 2 tahun. So
saya dan suami akan gunakan masa terluang survey tentang breastpump yang best,
chestfreezer untuk simpan stock, milk storage bags, cooler bags, icepack dan
icebricks untuk simpan susu if di pump di office, begitu juga bottle without
teat untuk penyimpanan dalam chest freezer mahupun fridge serta set penyusuan
susu ibu sebagai booster.
So yang pertama mengenai
breastpump.
Saya dan suami selain survey
secara online, kami pergi juga ke Mom & Baby Expo di Mid Valley. Pada bakal
ibu, korang boleh google mengenai Mom & Baby Expo even boleh like facebook
page. Venue nya kadang boleh berubah juga selain Mid. Pastikan sebelum pergi
dah survey siap-siap secara online berapa harga barang-barang baby serta
breastpump di pasaran rate harganya. So if pergi Expo, Nampak harga murah,
berkualiti, selesa nak pakai, ramai orang suggest dah kira boleh grab dah.
Asalnya saya memang aim nak beli
Medela sebab reviewnya tersangat lah best. Malah kedua-dua kakak ipar saya
memang pakai Medela. Dan feedbacknya sangat positif. Tetapi bila pergi Expo,
tengok brand Pigeon, Avent, Spectra, Medela dan yang lain menyebabkan kitorang
dah susah nak pilih which one is the best. So last-last kami pilih mi pump
brand First Year.
Untuk pengetahuan semua, brand
yang bagus sedikit sebanyak memberi benefit kepada kita kerana ia akan memberikan
impak yang memberangsangkan seperti Medela. Harga yang mahal tetapi untuk long
term investment, sangat-sangat berbaloi. Tetapi walaupun tak ramai yang memakai
First Year, pada pendapat saya still worth it. Sebabnya sampai sekarang, Azzam
sudah nak masuk 10 bulan still best. Cuma untuk silicon breast shield sahaja
saya tukar kerana terlalu kerap buka, so dia dah tak berapa kuat suction. Itu
pun saya tukar after dah 9 months guna. Saya start pumping masa Azzam umur 4
days. So, kira berbaloi la kan walau bukan yang terlebih branded.
Bagi saya yang penting mengenai breastpump bukan sahaja
brand tetapi susah atau senang nak dapatkan replacement part dia, spare part
dia. Itu paling penting. Kena tahu di mana tempat nak dapatkan semua tu. Macam
Avent, Medela, Spectra most of the baby shop, even siap ade dalam online baby
shop jual replacement. Contohnya korang boleh google www.littlewhiz.com, www.onebabyworld.com dan yang lain.
Banyak lagi boleh google. Untuk First Year replacement bole dapatkan daripada
GBS Marketing Sdn Bhd. No.7 Lorong Tandang B, Seksyen 51, 46050, Petaling Jaya,
Selangor. Tel: 03-7785 7618. Nasihat saya kalau tak tahu macamana nak cari
replacement part, tak payah beli breastpump tu. Nanti ada apa-apa hal susah.
It’s up to you.
Ingin mendapat konsultasi percuma dari saya tentang
cara pemakanan dan gaya hidup sihat, sila contact saya segera!!!..InsyaAllah
saya akan berikan yang terbaik untuk anda.
Saya juga merupakan Shaklee Independent
Distributor
SID :1151248
Tel/Whatsapp:019-6195405
E-mail: thareeq09@gmail.com /first_death2217@yahoo.com
FB: Sumayyah Syaheed
http://www.syawwal.blogspot.com
http://www.syawwal.blogspot.com
No comments:
Post a Comment