Monday, June 23, 2014

Tangani Susu Merudum



Entri berangkai mengenai penyusuan, kali ini saya ingin berkongsi mengenai set penyusuan susu ibu. Pada asalnya saya memang setkan dalam kepala nak menyusukan anak tanpa ada apa-apa intervention. Means tanpa perlu kepada apa-apa supplement, ubat etc dalam penyusuan kerana pada pandangan saya ianya natural akan berlaku (kemeriahan susu)

Namun saya telah membuat kesilapan besar kerana saya sendiri pun bukanlah seorang yang konsisten dari segi pemakanan yang seimbang. Kadang ada juga episod susu merudum. Pernah sekali saya perlu attend meeting untuk silibus baru di Kedah (Alhamdulillah sehari sebab memang saya tak pernah berenggang dengan anak lebih sehari). Kami pergi naik flight dari LCCT (time tu belum beroperasi lagi KLIA2). Sampai di Airport Alor Setar kami di bawa oleh driver UUM ke hotel untuk meeting.

Oleh kerana terlalu pack masa meeting bersama coordinator so saya tak sempat nak pump. Petang baru ada masa nak pump. Allah izin time tu Azzam memang sangat kuat menyusu. So oleh kerana saya pegi Kedah dan susah nak hantar ke Taska (suami kerja Balakong) so saya import adik saya dan kakak ipar tolong jagakan Azzam. Petang tu sekali aje pump percaya atau tidak saya dapat 20 oz lebih itupun saya stop pasal saya bawa 4 botol sahaja. Lagipun nak bawa naik flight so saya memang simpan sedikit aje space untuk udara. Saya simpan dalam hotel freezer dalam bilik kira ok la pasal malam tu dah nak naik flight balik.

So bila masa susu saya merudum? Nak dijadikan cerita dinner malam tu sebelum naik flight kitorang plan nak beli-beli makanan ala –ala utara la. Sudahnya beli la char kuew teow tepi jalan dekat dengan hotel.  Time makan rasa juga macam lain ja kerang dia. Tapi belasah aje pasal lama dah tak makan char kuew teow utara mari. Sudahnya malam tu naik flight ok lagi siap sampai ja rumah memulas perut tak sangka. Sakitnya Allah je tahu. Membuang habis apa yang dimakan malam tu. Esoknya suami hantar pegi klinik, dalam perjalanan pun memulas perut sampai terpaksa berhenti Petronas membuang. Makan semua tak lalu. Sampai Azzam pon tak boleh nak menyusu sebab sakit perut dan kosong semua dalam badan. Semua dikeluarkan. Susu merudum teruk.

Dapat MC dari doktor, doc bagitau kena diarrhea. Teruk betul diarrhea tu sampai seminggu kurus kering tak jamah makanan. Even kalau masuk pun membuang balik. Siap muntah lagi. Sehari 2 kali masa awal-awal. Azzam memang tak boleh nak breasfeeding. Semuanya guna stock dalam freezer. Susu badan macamana nak banyak, minum air kosong pun sikit kadang langsung tak minum. Dulu saya memang berselera makan tapi tengok makanan fevered pon tak lalu nak makan. 

Solutionnya selepas seminggu baru saya consume balik ESP SHAKLEE dan Alfalfa (Saya pada awalya memang beli set menyusu SHAKLEE seawal kelahiran Azzam. Tetapi consistency kurang kerana saya lebih percaya susu akan comes naturally. Konsep itu ada betulnya Cuma adakah kita boleh mengawal segala pemakanan kita seimbang. Awal mungkin ya tetapi lama kelamaan kita makan ikut selera kita tetapi tidak seimbang untuk anak yang masih dalam penyusuan yang memerlukan nutrient yang berkhasiat. Macam dekat office, kadang ada sahaja ofismate yang offer makan pelam cicah sambal belacan, makan tapai. Saya kadang belasah je (bukan kata tak boleh tapi kadang bila dah makan maknya memang tak ingat dunia,hahaha). Tambah sebagai wanita dan ibu bekerjaya kita akan cepat mengalami keletihan akibat workloads yang banyak dan tidak cukup tidur di malam hari bila anak mahu menyusu. Saya lebih suka anak minum direct pada malam hari even ada sesetengah mengatakan perlu diberi bottle feeding. Sebabnya saya suka galakkan adanya bonding time dengan anak semasa menyusu walau seletih manapun saya, begitu juga ransangan mulut anak akan menyebabkan susu makin meriah.

Berbalik kepada susu saya tadi, Alhamdulillah walau sehari sahaja saya consume ESP dan Alfalfa (makesure mommies minum air consistent sebanyak 3 liter sehari), natijahnya susu saya kembali normal meriahnya. Paling penting air kena banyak minum bila consume set SHAKLEE. Sebab air adalah agen kepada kemeriahan dan kesihatan kita. Cara saya bagi memastikan 3 liter air habis diminum sehari. Pastikan beli botol 1L  dan makesure sebelum tengahhari dah habis 1 liter setengah. Sentiasalah habis kan air tersebut. Dan 1 liter setengah lagi saya minum bila lunch. Tak perlu minum air manis, kita ganti minum air kosong lagi bagus untuk kesihatan. Air manis saya tukar kepada ESP shake bersama milo. Ingin memberikan hak yang sepatutnya kepada badan anda, sila direct terus bertanya kepada saya.


Ingin mendapat konsultasi percuma dari saya tentang cara pemakanan dan gaya hidup sihat, sila contact saya segera!!!..InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk anda.
Saya juga merupakan Shaklee Independent Distributor

SID :1151248

Tel/Whatsapp:019-6195405

E-mail: thareeq09@gmail.com /first_death2217@yahoo.com FB: Sumayyah Syaheed

http://www.syawwal.blogspot.com
 

3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Wah.. perkongsian yang sangat menarik sekali.. Tips Ibu Menyusu

    ReplyDelete