Assalamualaikum w.b.t…
Sekali lagi saya tinggalkan laman
blog ini bersawang…Komitmen pada kerjaya, isteri dan ibu menuntut saya
menumpukan perhatian lebih pada yang lain…Kadang terfikir juga anak baru
seorang dah kelam kabut semuanya..
Buat pengetahuan semua, saya selamat melahirkan Azzam pada
September tahun lepas, dua minggu awal dari EDD yang ditetapkan. Syukur Allah bagi nikmat menjadi ibu..Alhamdulillah
Allah bagi rezeki lebih untuk saya deliver anak dengan bantuan Dr Asmah Mastor.
Sebelum kelahiran, di samping kesibukkan bekerja dan menjadi suri di hati suami
saya banyak google tempat yang sesuai untuk deliver baby. Ye la untuk first
time mommy macam saya semua kita fikir yang terbaik untuk baby yang bakal lahir
kan. Banyak yang saya survey dan buat comparison. Tambah-tambah kami baru
sahaja berpindah dari Senawang ke Seremban ketika saya sedang sarat waktu itu.
Saya dan suami listkan antara
private hospital yang dekat , affordable dan selesa dengan harapan kami. Kami
harapkan anak yang bakal lahir disambut dalam suasana penuh islamik dan Doktor
adalah muslimah. Berkali-kali saya
berdoa memohon kepada Allah agar diberikan doktor perempuan dan muslimah.
Alhamdulillah Allah permudahkan. Buat bakal mommies di luar sana. Selalu lah
anda semua berdoa kepada Allah supaya mendapat doktor perempuan muslimah yang
baik perilakunya menyambut kelahiran bayi kita. Biarlah bayi yang baru lahir
tadi dilahirkan dalam suasana yang terjaga segalanya.
Antara private hospital yang
menarik perhatian kami adalah Pusat Bersalin Barakah di Klang (Cuma agak jauh
dari rumah),Poliklinik An-Nur (jauh dari rumah juga dan ratenya dah makin naik
time tu) KPJ Seremban (tetapi sukar nak dapat doktor muslim), Colombia Asia
Seremban (Doktor Intan dah fully booked).So last option adalah SALAM di
Senawang. So kami register antenatal class juga sebab excited nak tahu ape
preparation untuk sambut first baby kan. Even dah banyak google still nak study
face to face dengan doktor yang hebat terutamanya Dr Sukiman.
Alhamdulillah pada awal September
2013 saya selamat melahirkan anak sulung kami. Syukur saya lahirkan secara
normal. Bagi saya pengalaman bersalin di SALAM amat memuaskan hati. Di sana
(SALAM) time saya deliver, mereka baru imposed kan satu policy iaitu
Breastfeeding Policy..Di mana saya perlu breastfeed baby seawal kelahiran baby
dan di ajar cara lekapan yang betul. (ini juga diajar semasa sesi antenatal
class) nanti saya akan buat entri antenatal class. So bila dah deliver saya
diWAJIBkan breastfeed baby sekerap mungkin. Awalnya saya merasakn
ketidakselesaan kerana nurse akan sentiasa datang meronda samada saya dah
breastfeed baby atau belum. Kadang rasa tak selesa sangat. Tetapi resultnya
susu memang banyak dan Azzam tak pernah di suakan susu lain selain susu ibu.
Itu yang saya boleh puji dan policy tu memang bagus. Berbanding di tempat lain
yang tidak berikan penekanan mengenai penyusuan bayi. Sehingga betul2 saya
pandai breastfeed baby baru lah saya discharge keluar wad. Alhamdulillah hanya
satu malam sahaja di sana. Tiada cracked nipple kerana lekapan itu betul dan saya
tahu macamana nak stimulate baby minum banyak colostrum awal kelahiran.
Alhamdulillah.
Bercakap mengenai colostrum, Dr
Zaqrul dalam antenatal class mengatakan ia seolah-olah jongkong emas. Sangat
berharga setiap titis colostrum. Kadang ada yang bertanya kenapa sikit sangat
susu yang keluar pada 1,2,3 hari pertama kelahiran. Dr Zaqrul menerangkan perut
bayi ketika itu hanya sebesar guli. Jadi sedikit sahaja dah cukup untuk seorang
bayi. Jadi tak perlu pening kepala kenapa sikit susu yang keluar waktu awal
kelahiran kebiasaannya untuk anak pertama.
Satu lagi kelebihan di SALAM yang
saya suka adalah teknik untuk meneran itu diajar dengan simple dan senang
faham. Setiap kali merasa contraction sahaja saya meneran dan bila contraction
hilang saya di minta nurse berehat dan kumpul tenaga.Nursenya amat baik dan
mereka juga turut bacakan surah Maryam ketika saat kelahiran..Alhamdulillah
suami boleh bacakan ayat Quran bersama saya ketika saat kelahiran anak serta
support dan kata-kata semangat nurse-nurse betul-betul menyentuh hati saya
untuk berjuang melahirkan bayi. Allah berikan saya mereka yang bagus-bagus.
Alhamdulillah. Suami juga setiap kali contraction berkurang dan saya kumpul
tenaga, memberikan air zam-zam untuk diminum. Ketika CTG masih belum banyak contraction
yang saya rasa suami jugalah yang memberikan kurma untuk dimakan sepanjang di
dalam Labour Room. Jazakillah buat suamiku. So far SALAM saya memang
recommended. Nantikan next entri. Stay tuned!!!
Ingin mendapat konsultasi percuma dari saya tentang cara pemakanan dan gaya hidup sihat, sila contact saya segera!!!..InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk anda.
Saya juga merupakan Shaklee Independent Distributor
SID :1151248
Tel/Whatsapp:019-6195405
E-mail: thareeq09@gmail.com /first_death2217@yahoo.com
FB: Sumayyah Syaheed
http://www.syawwal.blogspot.com
http://www.syawwal.blogspot.com
No comments:
Post a Comment