Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya "Assalamualaikum Selamat Datang Kebahagiaan" menyebutkan beberapa perkara..Rasulullah memberitahukan kepada kita bahawa di akhir zaman, umat Islam ibarat buih yang ada di lautan..Ia nampak banyak dalam kuantiti namun sedikit dalam keberkahan.Jumlah mereka ramai namun sedikit yang bermanfaat. Kenapa kita katakan sedemikian adalah kerana segala kekuatan yang ada pada diri umat Islam seolah-olah hilang..Kita ibarat buih yang mengikut ombak2 pantai..Apabila ombak memukul pantai, buih turut sama mengikut..bila ombak kembali ke laut, buih juga sama2 tenggelam dalam lautan..begitulah ibaratnya keadaan umat Islam sekarang..tidak ubah seperti buih di lautan..Kita mempunyai Liga Arab namun hanya sekadar kosmetik sahaja, tidak ubah seperti boneka yang di gunakan orang menjadi bahan ketawa..mengikut segala gerak geri orang yang mengawalnya...mengikut segala perintah kuasa yang lebih besar..tanpa mengira impaknya kepada keseluruhan umat Islam..tunggulah Azab Allah..sekiranya seluruh umat Islam bersatu, sekurang-kurangnya kita dapat menggerunkan musuh sekaligus berjaya bersatu tanpa mengalami tekanan melampau dari kuasa2 besar dari sudut ekonomi dll..
Namun, situasi zaman sekarang melahirkan generasi hipokrit yang semakin menular dalam diri pimpinan negara2 Islam dibawah pengaruh Yahudi dan Kristian..mereka mendominasi dan melakukan apa sahaja sekiranya negara2 Islam tidak tunduk kepada kata2 mereka dari pelbagai sudut..ini tentunya menyukarkan negara2 Islam kelas ketiga,negara2 Islam yang sedang membangun dll..Sikap selfish sesetengah pimpinan negara2 Islam juga contribute sama dalam isu penindasan umat Islam..Dubai yang terkenal kaya dengan minyak serta mampu membina Burj al-Dubai yang juga hotel bertaraf 7 bintang sememangnya melambangkan kekayaan umat Islam. Kalau diikutkan kita tidak perlu bergantung kepada mana2 donation atau fund lain untuk membantu saudara seaqidah kita di Palestin, Afghanistan, Chehnya, Kashmir dll...Kita turut mempunyai Brunei, kerajaan Islam yang kaya, begitu juga Jordan..Namun, kekuatan itu hilang kerana kita tidak bersatu, menjaga hati kuasa2 besar supaya ekonomi semakin teguh, tiada serangan ketenteraan..Cuba bayangkan selama mana mereka akan mengotakan janji melindungi segala pelaburan kita, keselamatan kita..Letakkan segala pergantungan kepada Allah, kerana Allah lah pemberi kekuatan ekonomi, politik dan sebagainya..Jika Allah nak tarik segalanya, pasti ianya akan berlaku..Kasih sayang Allah amat hebat, Allah masih memberi peluang untuk kita kembali kepada Nya..berfikir tentang kekuasaanNya..
Nota Kaki: Hari ini dateline untuk submit memorial to international level,USA and local level,UKM..organiser of this coming competition is UKM..last year, UM is the organiser of this Phillip C.Jessup Competition..Can't wait to see IIUM organise this competition for the next coming years..Jazakillah buat k.Shah-Shah Alam yang sentiasa up to date segala info and forwarded it to me..Afwan, memang hajat sangat nak dengar slot Palestin dengan Bro Azman..tapi kat Pantai Timur, Ahad,17hb tak cuti..
ALERT ISSUE: Isu Kalimah Allah still hot issue around last week until now..
No comments:
Post a Comment