Ya,itulah yang mahu saya tanyakan pada kalian...apakah sebenarnya yang lebih mulia dan penting dari memberi kebahagiaan kepada ibubapa kita?..Tentunya memuliakan serta mengembirakan hati ibubapalah lebih mulia berbanding segala perkara yang kita lakukan...Kenapa bercakap tentang perkara ini? Saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar sana kerana ia perkara yang perlu diambil serius..Perkara ini bukan main-main..
Menjaga hati kedua ibubapa kita menurut perkara yang diredhai Allah amatlah penting, ada satu kisah, seorang anak lelaki baru pulang dari kerja di Jengka,Pahang singgah hanya beberapa minit di rumah ibubapanya di Paka lantas meneruskan perjalanan ke Ajil, semata-mata mahu menemui isteri tercinta di rumah mentua (sedangkan dia sudah lama tidak pulang ke rumah semenjak berkahwin) emaknya sempat menegah supaya mandi, makan dan berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan menemui isteri kerana melihat dia keletihan sepanjang perjalanan jauh dari Pahang, tetapi tidak dipedulikan si anak tadi..Si ibu terkilan, cukup-cukup terkilan...anaknya melebihkan isteri dari ibunya sendiri..ini bukan kali pertama..hati ibu terguris namun ibu mana yang tidak sayangkan anak...kesedihan itu berlalu begitu sahaja..
Ya, kalau ibubapa terkilan dengan kita,terasa hati dengan kita..alangkah sedihnya, hidup ini seolah-olah tidak bermakna, hilang seri dan ceria...Keberkatan hidup yang dicari semakin menghilang..Tetapi persoalannya bagaimana mahu merebut hati ibubapa kita??..Sekadar menjadi anak yang pandai dalam pelajaran?atau mempunyai pekerjaan yang hebat?memberi kemewahan kepada mereka?adakah semua itu cukup untuk merangkul title anak 'soleh dan solehah'?..TIDAK...belum cukup sahabat-sahabatku..
Title anak soleh,solehah sahaja ada tingkatan-tingkatan tersendiri..sebagaimana syurga dan neraka juga dijadikan ada tingkatan atau level masing-masing...sahabat-sahabatku, untuk merebut title anak soleh,solehah ini nampak macam senang, tetapi hakikatnya susah dan payah dari segi praktis..kalau tidak masakan buku-buku berjilid-jilid di kedai, tebal-tebal semuanya hanya membincangkan title 'anak soleh', forum-forum perbincangan mengenai anak soleh diadakan, bahkan dalam setahun berkali-kali..
Jasa dan pengorbanan ibubapa tidak ternilai terhadap anak-anaknya..saya masih ingat, saya pernah membaca buku, di dalamnya ada menceritakan kisah pada zaman dulu (tak pasti samada zmn nabi/sahabat) ada seorang lelaki yang menjaga ibu dan mengendong ibunya ditengah padang pasir serta membawa ibunya mengelilingi Kaabah ditengah terik mentari berkali-kali..Namun,perbuatannya masih belum dapat membalas jasa dan pengorbanan ibunya selama ini..Subhanallah..Jika dibandingkan dengan kita, masih jauh..Jika meninggikan suara pada ibu sudah dikira menderhakai ibu, cubalah kita melihat diri kita, adakah kita bercakap elok-elok apabila ibubapa menegur kesalahan kita..Cubalah bayangkan andai mereka tiada, tentu kita rindu suara-suara mereka,kan..even ketika mereka marah kita..
Dah lama saya simpan keratan SinarHarian Ahad 30 Mei 2010, page N23..Slot global "Andai Dapat Ku Undur Masa.." Tiada seperti kesilapan menaip di komputer yang boleh di ubah dengan menekan undo, masa yang berlalu tidak dapat di ulang semula, seorang eksekutif bank menyatakan "Saya tak sempat nak tatap wajah ayah saat-saat akhir hayatnya sebab terlalu sibuk bersama rakan di universiti dulu dan jarang pulang ke kampung. Kalaulah saya boleh kembali ke waktu itu, saya tak sepatutnya mendahulukan kawan lebih dari keluarga. Saya akan selalu pulang ke kampung dan meluangkan banyak masa bersama keluarga terutama ibu dan bapa sewaktu mereka masih ada"..
Sayu bila fikir balik, sebab itu saya akan cuba untuk balik rumah if adik-adik tak balik bila weekends..Bila dengar mereka telefon, tahulah mereka sebenarnya rindu kat anak-anak..Sekejap balik pun berbaloi, sekadar mengembirakan hati mereka..Kesempatan yang ada bila belajar dekat, perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebelum mempunyai komitmen di masa akan datang..Apa yang penting keredhaan Allah dan barakah bertemu ibubapa..Jadi bila kawan-kawan anggap saya suka balik rumah(actually i'm not homesick,ya)..maaf, saya juga mahu bersama kawan-kawan tapi ibubapa lebih penting..darah mereka laju meluncur dalam diri saya, mana mungkin saya putuskan this BOND bcuz hanya untuk kawan-kawan..harap kalian memahami..
No comments:
Post a Comment