Cuti sekolah secara lumrahnya merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk melakukan kenduri-kendara..Sepanjang cuti sekolah dua minggu, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang meraikan pasangan mempelai yang baru mendirikan baitul muslim..
Dalam sehari, banyak tempat kenduri untuk diraikan..Perut banyak diisi dengan lauk gulai daging..Jika di kawasan penempatan saya, biasanya lauk yang ada kerabu mangga, sambal belacan, ayam goreng pedas, gulai daging lembu dan kambing, keledek sira, sayur nangka, labu sira, ayam goreng berempah, kerisik dan pencuci mulut bubur kacang hijau..ini lauk paling common..Sedap makan pun kena jaga juga..Masa muda hanya sekali, di waktu muda belia inilah kita seharusnya menjaga pemakanan kita dan bukannya terlalu mengikut nafsu makan yang tiada had limit..main makan je apa ada di hadapan..Makan mengikut sunnah nabi 'berhenti sebelum kenyang'..
Pengalaman bersama parents, bila saya lihat mereka semakin lama semakin banyak Allah tarik nikmat dari mereka..my mum misalnya, sudah banyak kena pantang makan. Asal tersilap makan aja, pasti perut sakit, sampai ada kalanya tidak boleh tidur malam. Siap kena ambil ubat homeopathy lagi (my mum always favor homeopathy instead ubat hospital)..begitu juga dengan ayah, perlu makan berhati-hati.Tersilap makan, cukup kasihan bila mereka merintih sakit..Namun, saya bersyukur di kurniakan ibubapa yang cukup menjaga pemakanan semenjak mereka muda lagi..Setakat hari ini ibubapa saya belum terkena penyakit 'popular' zaman modern spt kencing manis dan darah tinggi..
Cuma effect dari kesusahan sewaktu mereka kecil menyebabkan impaknya berlaku pada hari ini.tidak boleh lewat makan, perut pasti sakit..tidak boleh makan benda yang agak keras seperti daging..nasi mesti kena banyak letak air, biar lembut sikit..my mum dilahirkan dalam suasana yang agak susah dulu-dulu.. Selalunya pergi sekolah ikat perut sebab tiada duit,ibu kepada my mum meninggal ketika beliau masih kecil..Sehingga sekarang selalunya my mum akan cakap "kakngah bertuah masih ada mak"..tiada ibu bererti tiada yang akan menegur kita apabila kita berbuat salah..ayah tidak sama dengan ibu..ayah ada cara tersendiri, ibu juga ada stailnya tersendiri dalam mendidik anak-anak..
No comments:
Post a Comment