Monday, June 28, 2010

Uwais Al-Qarni:Namanya agung dibibir penduduk langit


sekadar illustrasi Uwais Al-Qarni dan ibunya

Sejak berlegarnya topik ini berulang-ulang kali..tv9 sekali lagi menerusi rancangan "Tanyalah Ustaz" hari ini bersama Ustaz Badli Shah merungkai banyak tips2 berguna..Rupanya cerita dalam entri sebelum ini yang samar-samar dah pun saya recall balik lepas tengok perbincangan Ustaz Badli Shah..

Sama sahaja dengan apa yang dikatakan Ustaz, berbahagialah sekiranya kita mencintai ibubapa terutamanya memberi ketaatan kepada ibu melebihi segalanya selagi tidak bertentangan dengan syara'...Cerita mengenai Uwais Al-Qarni sangat-sangat hebat dan membuatkan saya tersentuh semenjak di MATRI lagi..Setiap para nabi dan Rasul mempunyai teman di syurga kelak, dan tahukah anda siapakah teman Rasulullah di syurga yang kekal abadi?..Tentulah dia Uwais Al-Qarni..mari kita singkap bagaimana pemuda yang tidak dikenali di kalangan penduduk bumi namun namanya terkenal di kalangan penduduk-penduduk langit...MasyaAllah..

Tahukah anda bagaimana Uwais menjadi begitu terkenal dan namanya sering disebut di bibir penduduk langit?Uwais Al-Qarni, seorang pemuda miskin yang tidak dikenali dikalangan orang kebanyakkan ketika itu dan pemuda ini hidup di zaman Rasulullah namun tidak pernah bertemu baginda. Walaubagaimanapun,mengikut sesetengah pendapat mengatakan Uwais juga tergolong sebagai sahabat Rasulullah walaupun tidak pernah bersua..ini kerana Uwais sangat2 berhajat menemui Rasulullah, namun ketaatan menjaga ibunya yang sudah uzur menyebabkan Uwais terpaksa memendamkan hasrat di hati..

Sehinggalah selepas berkali-kali meminta izin, akhirnya ibunya membenarkan Uwais menemui Rasulullah, tetapi dengan syarat membawa bersama ibunya..Uwais lantas bersama ibunya menunggang unta untuk menemui Rasulullah dengan jarak perjalanan 400 lebih km...Namun, ketika baru meneruskan perjalanan, ibunya jatuh sakit yang kuar menyebabkan tidak berdaya menunggang unta..lantas, tahukah anda, Uwais sendiri mengendong ibunya dalam perjalanan ditengah-tengah padang pasir...Bayangkan lah menggendong dalam perjalanan yang amat jauh...baru sepertiga perjalanan, ibunya meninggal dunia dan dikuburkan di tempat itu..

Uwais dalam kesedihan meneruskan perjalanan menemui Rasulullah.Setibanya di sana, Uwais bertanyakan seseorang di manakah rumah Rasulullah..Uwais sangat-sangat berhajat menemui Rasulullah..Lantas terus menangis orang itu sehingga tidak dapat berkata-kata...Ditanya Uwais pada seorang yang lain, menangis pula orang yang lain itu..Sehinggalah datangnya Saidina Umar dan Saidina Ali dan menyatakan Rasulullah baru sahaja wafat dan bertanya siapakah namanya..Uwais memberitahu namanya Uwais Al-Qarni...Mendengar sahaja nama Uwais Al-Qarni, terus Saidina Umar dan Saidina Ali berkata, "Ya Uwais, doakanlah aku"...Uwais terkejut apabila disuruh begitu...

Rupa-rupanya, Rasulullah pernah memberitahu sahabat-sahabat bahwa, baginda akan mempunyai teman di syurga..Dan sahabat-sahabat semuanya berharap merekalah yang akan menjadi teman Rasulullah...Namun, dijawab Rasulullah, temannya itu lelaki yang sebegini dan sebegini, namanya Uwais Al-Qarni..tidak terkenal di kalangan manusia, malah sangat miskin orangnya, namun namanya harum di kalangan penduduk langit dan terkenal di sana...Itulah dia Uwais Al-Qarni...Doanya terus sampai pada RabbNya..sebab itulah Rasulullah memberitahu apabila berjumpa Uwais, mintalah Uwais mendoakan kamu...Subhanallah..

Apa Rahsia Uwais Al-Qarni sehingga martabatnya begitu tinggi di sisi Allah? Uwais ternyata seorang anak yang taat, menjaga ibunya sehingga ibunya meninggal dunia...Hidup di zaman Rasulullah tetapi tidak sempat menemui baginda kerana ketaatan kepada ibunya...Menurut Ustaz Badli Shah, dalam kitab Tanzilul Qhofilin karangan Abu Laith Al-Samarkhandi..Untuk merebut title anak soleh, adaa beberapa perkara yang perlu kita perhalusi...

Antaranya apabila ibu mahu makan kita terus memenuhi hajatnya, ketika ibu meminta khidmat kita, contohnya tolong membasuh baju, terus dilunasi hajatnya, semuanya on the spot..tiada bertangguh...itu hanya sebahagian...Sesungguhnya habit saya, suka sangat dengar tanpa tulis or rakam...jadi banyak dah lupa... benarlah "Pena itu ibarat tali yang mengikat tulisan seperti tali yang mengikat kambing dari terus hilang"...kerana otak yang tajam sahaja tidak mampu mengikat ingatan dengan begitu ampuh..

4 comments:

  1. jazakillah khair sumaiyyah.. dgn perkongsian ini. boleh cerita dgn anak2 kak ct.

    ReplyDelete
  2. salam su..terharu nyer bila baca kisah ni..

    teringat pula nama surau kat uitm jengka dulu.awis al-qarni..kami semua panggil awis.xpanggil surau or pusat islam...

    sama ke awis n uwais?

    samalah su, kak pun bila tgk rancgan kat tv ingt2 lupa..faham dpn tv jer..xleh nk share sngt lpas tu..

    tp, td kak ingt dlm rncgn bersama dato' fadzilah khamsah. dia ada bgth, mengikut kajian yg dia baca. setiap pasangan suami dan isteri sebenarnya ada 15 persamaan. episod rncgn td more kpd suami isteri =)...bg mereka yg sentiasa merasakan pasangan mrk ada byk perbezaan berbanding persamaan...wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. su, minta copy n paste yer..jzillah..

    su, kitab tu tanbighul ghofilin kan? bukan Tanzilul Qhofilin...

    ReplyDelete
  4. k.irma: insyaAllah,mudah-mudahan anak2 k.ct menjadi anak2 yang soleh
    K.Shah: hehe..su xpastila awis and uwais tu sama atau lain...su ni kl tgk,lbh suka dengar,then ingat sikit2..pastu bila dh lama dh lupa dh,tp kl ada yang brckp psl benda2 tu,bleh pulak recall balik..hehe..erm,su pun xpasti..ustaz ckp cmtu aje,maybe akk betul, tanbighul ghofilin..

    ReplyDelete