Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Do’a keberkatan di bulan Rejab. Bila memasuki bulan Rejab, Nabi saw. mengucapkan, “Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana. “Ya Allah, berilah keberkatan pada kami di dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.” Kebetulan, ketika sampainya bulan Rejab kali ini, Allah izin saya menerima tamparan ujian yang cukup hebat..Subhanallah, Allah menguji hambaNya dengan pelbagai ujian..Sampai sukar sekali untuk saya melupakan perkara itu..
Namun, berkat tarbiyyah yang dilalui dan berada di kalangan mereka yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah serta keluarga yang sentiasa memberi semangat, Alhamdulillah sedikit demi sedikit beban ujian itu berkurang. Semoga bulan penuh barakah ini membuka lembaran baru untuk saya sentiasa berprasangka baik dengan ujian-ujian yang berlaku di sekeliling..Allah memberi ujian sesuai dengan kemampuan hambaNya..
Selamat berpuasa Rejab buat semua..Betulkan niat kita..mudah-mudahan amal kita mendapat tempat di sisi Allah..Di sini saya memetik daripada email..Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku di dalam bulan Rejab, di antaranya ialah ;

Pertama : Peristiwa isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama' Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.
Kedua : Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.
Ketiga : Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Ia adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walaubagaimanapun akhirnya tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.
Selain daripada itu, terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku di dalam bulan yang mulia ini seperti penaklukan semula kota Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera Salib pada 27 Rejab 583 hijrah. Imam As-Syafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam di tanahair kita juga dilahirkan di dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah bersamaan 767 masehi.
AKHIRNYA SAYA CHANGE BACKGROUND BLOG...HIJAU IN MEMORIES>>NOW TURN BLUE..
AKHIRNYA SAYA CHANGE BACKGROUND BLOG...HIJAU IN MEMORIES>>NOW TURN BLUE..
No comments:
Post a Comment