Alhamdulillah petang semalam, sempat juga saya dan Wardah arrange iftar di antara adik-adik junior yang agak rapat..mereka berempat dan asalnya kami planning nak makan kat restoran luar..tapi sorang adik ada hafalan untuk ko-k hari ni jadi kami buat makan-makan di 'apartment' N2/3 shj..
Ini kali kedua iftar diadakan untuk meraikan adik-adik..Penyusunan Allah benar-benar menyedarkan saya betapa kalau kita plan macamana pun tapi bila Allah tak izin, tak kan menjadi juga..Alhamdulillah, semalam semuanya sangat baik..Mereka pun nampak agak happy..Kami makan ikan 'bharat' bakar, cukup untuk enam orang..
Walaupun iftar kecil sahaja, tapi pertemuan kali ni atas dasar ukhuwwah fillah..saya amat menyenangi adik-adik junior kerana mereka masih 'stay' dengan penampilan muslimah mereka even kuliah mereka bercampur indian dan chinese..mereka masih mempertahankan pemakaian muslimah ketika meeting untuk memakai suit dijalankan..bukan saya membantah pemakaian suit tetapi semangat yang ditunjukkan mereka agar baju tradisi iaitu batik hitam putih dikekalkan..suit boleh dikenakan namun biarlah menepati syariat Islam..namun, dalam konteks remaja sekarang, saya takut kalau-kalau mereka tidak dapat control diri mereka dengan fesyen-fesyen yang ada sekarang...Jika mereka boleh memberi jaminan akan menepati segala larangan dan perintah Allah dalam bab berpakaian, tentu saya tidak akan membantah..
FYI:Tahun ini kali terakhir berbuka bersama mereka..
No comments:
Post a Comment