Monday, August 23, 2010

UDMZ mudir merangkap murobbiku

Ustaz Dahlan @ Dahaman Mohd Zain .Gambar ketika muda

Ketika saya sedang menyemak gambar-gambar yang terdapat di dalam file document laptop saya, saya terlihat satu folder gambar yang sudah lama tidak terusik. Saya klik untuk membukannya, dan terdapat file yang dilabelkan dengan “UDMZ”.

Baru saya teringat, ini gambar mudir saya semasa di MATRI.Seingat saya, gambar ini diberikan oleh anak Ustaz sendiri iaitu Abang Akram kepada saya beberapa tahun yang lepas. Lalu saya buka dan lihat. Saya kongsikan dengan anda semua. Mengenali lebih mendalam secara ringkas, Al-Fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain.


Gambar ketika di Iraq

Bersama rakan-rakannya ketika menuntut di Universiti Iraq

Gambar ketika Graduasi Universiti Baghdad tahun 1968


Semasa tingkatan 2 dulu, (tahun 1999) Ustaz pernah menceritakan kisah perjalanan beliau menuntut ilmu dalam bahasa Arab. Walaupun faham sedikit sahaja, dan saya minta seorang senior tolong terjemahkan, saya dapati kisah Ustaz penuh dengan kesabaran, ketabahan dan semangat juang yang tinggi dalam perjuangan untuk mendapat ilmu. Terpegun saya.

Gambar bersama teman-teman pendidik di Al-Masyhur Pulau Pinang

Di Pejabat Mudir ( Pengetua) Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)

Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz sendiri. Beliau mempunyai wawasan yang besar dan bercita-cita tinggi dalam semangatnya menubuhkan MATRI. Selalu Ustaz menyebut : “ Hajat Ustaz, agar para pelajar MATRI suatu masa nanti menjadi pekerja dan pendokong Islam yang iltizam dan istiqamah.InsyaAllah”

Bergambar bersama Murabbi-murabbi MATRI tahun 2002
Bersama Ahli-Ahli Majlis Agam Islam Negeri Perlis


Majlis Penyampaian Hadiah dan kecemerlangan pelajar tahun 2003



Kata-kata Dato' Mudir yang tidak saya lupa ialah dalam soal tarbiyah : " Kita kena proses diri, dan proses diri. Proses dan terus proses sehingga ia menjadi malaqah ( darah daging) kita."

" Beliau adalah seorang pendidik, seorang ayah, seorang sahabat, seorang murabbi, seorang pejuang, dan seorang qudwah kepada anak-anak didiknya." Syukran Ustaz atas didikan ustaz terhadap saya dan sahabat-sahabat yang lain.

Bagi saya Ustaz, bukan sahaja seorang pendidik sahaja, bah seorang pejuang. Beliau berjuang untuk mendidik anak bangsanya untuk menghayati Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Islam itu perlu dioperasikan di dalam kehidupan setiap detik dan ketika.

Marilah di Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar Allah SWT memberi kekuatan, ketabahan dan limpahan rahmat buat Dato Kaya Bakti al- Fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain yang kini berada di hospital kangar. Semoga keberkatan dan ketulusan doa kita memberi ruh kekuatan buat ustaz yang kita kasihi ini.credit alijr

No comments:

Post a Comment