Thursday, May 14, 2009

Datin Halimatus Saadiah kembali ke rahmatullah

ketika Saari Sungib menziarahi Ust Dahlan dan Ummi

kelihatan kelibat Ustaz Akram,diluar wad yang menempatkan ummi

Innalillah...Semoga umi di tempatkan bersama mereka2 yang menegakkan Deen Allah...

Mesej yang di terima saya sebelum ini kira2 seminggu dari seorang sahabat menyatakan Ummi tenat dan kritikal ekoran sakit jantung dan demam denggi yang berlarutan.Semua sahabat sahibah sudah ramai yang datang menjenguk dan menziarahi ummi...Minta juda doa moga2 ummi kembali sihat seperti sediakala...

Lama tidak mendengar khabar terbaru dari ummi, hari itu juga saya bersembang telefon pada tengah hari dengan seorang sshabat dan memberitahunya lantaran dia tidak diberitahu sesiapa lagi mengenai kesihatan ummi..saya ada menyatakan padanya saya khuatir dengan ummi, takut akan kehilangannya..

Mimpi ngeri akhirnya datang jua, saya di khabarkan melalui pesanan ringkas dari UPM, oleh Aisyah Humaira...Selepas itu, telefon saya terus berbunyi tak henti2...antaranya oleh Aqilah, Nurtaqwa08 etc..menyatakan perkhabaran yang sama....Hati saya ibarat terhenti seketika...Saya memikirkan betapa baru sahaja saya meluahkan perasaan takut kehilangan ummi kepada sahabat rapat di UKM....Sedih menguasai diri...Terasa mahu terbang ke sana, menatap ummi buat kali terakhir...sekurang2 nya saya tahu kondisi ummi....Semua nya bagai dilanggar garuda, sepi....

Wednesday, May 13, 2009

Majistret dan Mahkamah Tinggi

Apakah beza antara civil dan criminal? Itulah persoalan pertama yang keluar dari mulut Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen KT ketika bertemu saya...Hajjah Rosila seorang yang sangat sibuk, setiap hari bagaikan tak terlihat kelibatnya...Hajjah seorang yang tegas, bila dia ada, pasti suasana office senyap sunyi, masing2 amat takut kepada Hajjah...

Ada seorang lagi hakim kanan perempuan, tegas dan kadang-kadang cerewet...Bayangkanlah start pkl2ptg aje dia dah check semua staff ada kat tempat kerja atau tak...Kak Ti yang duduk semeja dengan saya dan rakan2 di pantri...terus aje amik document2 atas meja yang kami buat dan berlari2 ke mejanya yang agak jauh di depan...rasa nak tergelak pun ada...bayangkan Kak Ti yang umurnya agak2 lebih tua dari ibu saya...sebab kata Kak Ti anak dia dah kerja 2 orang ,2 lagi di university...

Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Hakim Tuan Ahmad Zaidi Ibrahim...Masih lagi muda dan sihat..anaknya masih di University...Tuan Zaidi amat low profile orangnya...Background keluarganya..ayahnya seorang policeman...Majistret pula muda2 orang nya...Semuanya perempuan...Lulusan Uitm, Uia...

Pagi tadi juga saya mendengar bicara dalam kamar mengenai kes2 trafik membabitkan saman tidak memakai tali pinggang keledar, langgar lampu isyarat etc...Ada juga bicara mengenai kes salah credit RM600,000 oleh CIMB dan mcm2 lagi...Tertunggu2 juga kes sensasi seperti Dr Ramzi..hehe..

Mengenai Kes Nizar yang hanya memegang jwtn selama 19 jam...ia isu yang hangat sehingga sesetengah pihak mengambarkan:

"Walaupun menjadi hak kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tetapi membiarkan kes ini berlarutan akan melahirkan persepsi BN gila kuasa. Oleh itu, saya menyeru Nizar dan Dr Zambry menasihatkan Sultan agar memanggil satu pilihan raya baru."

- Oh Tong Keong, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum."

- Tengku Razaleigh Hamzah, anggota Parlimen Gua Musang.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, insiden pada persidangan DUN Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat."

- Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman.

Monday, May 11, 2009

Praktikal di tingkat satu,kompleks mahkamah...

Hari ini saya start praktikal....kami ada sedikit taaruf sesama staf2..
punch card diberikan....oleh kerana agak ramai kami ditempatkan di pantri...
membaca kes2 dan melabel sambil mengecop...
berulang alik ke mahkamah syesen, majistret dan mahkamah tinggi...
turun naik sekejap ke BBG dan ke library...
pergi makan sekejap di mahkamah syariah dan tengah hari di Sabasun...
petangnya baca kes rape....pljr sklh menengah still under age...
balik rumah...tup2 dengar berita sensasi ....YB Nizar MB Perak yang sah, di sahkan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur,Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim....
sedikit petikan:
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dilantik dengan sah sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah.

Beliau menerima pakai keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah sebelum ini dalam kes Stephen Kalong Nikan yang memutuskan menteri besar atau ketua menteri hanya boleh dipecat melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk memohon keputusan itu ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim.

Mahkamah juga mengarahkan Zambry dan Exconya mengosongkan kerusi masing-masing.

Hakim juga berkata, jika Sultan Perak mahu Nizar meletakkan jawatan, baginda hendaklah mengarahkan Dun Perak bersidang dan usul undi tidak percaya dikemukakan.

Selepas usul itu lulus barulah Sultan berhak memerintahkannya meletakkan jawatan dan melantik MB baru.Nizar di wakili oleh Hj Sulaiman Abdullah

Mungkin selepas ini ada yang lebih surprise? kita tunggu dan lihat.,..

lebih lanjut..
http://www.youtube.com/watch?v=Xi6Q1qtHFMM

http://www.youtube.com/watch?v=Rxv-XjEMCcs

Sunday, May 10, 2009

Nahnu Duat Qobla Kullu Syaiin Dan Selamat Hari Ibu

Tamrin sudah tamat...tetapi tarbiyyah tetap berjalan sehingga kiamat...Sebagaimana yang di beritahu dalam penyampaian betapa di dalam Surah Al-Ash-yang mana ayat ini sahaja dikatakan sudah cukup untuk kita menakluk dunia...itu yang di katakan penceramah...Benar, bila di singkap kembali memang saya akuinya...Ayat berkenaan mengajak kita agar tidak melengah2kan masa, di samping menyatakan amat rugi lah semua manusia melainkan mereka yang beriman kepada Allah...Tetapi beriman sahaja tidak cukup melainkan kita berbuat amal soleh...walau bagaimanapun dalam waqi' atau reality sekarang beriman, beramal soleh sahaja tidak cukup melainkan kita mestilah mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar...makna kata kita tidak berpeluk tubuh semata-mata semasa melihat kemungkaran yang berleluasa....ini amatlah bertepatan dengan kata2 Mustafa Mashyur "Islah napsaka wad'u roiruka"...

Syed Qutb menyatakan tentang 2 ciri yang ada pada mereka yang benar2 beriman kepada Allah iaitu bersikap positif dan aktif....

Sikap positif boleh di gambarkan sebegini...dimana kita menganggap apa sahaja yang Allah menyuruh kita imani di terima oleh kita tanpa ada perasaan protes, tanpa banyak soal walau sesuatu perkara itu kita rasakan mustahil...ini bukan menandakan Allah menyatakan sesuatu yang non-exist atau tak terfikir dek aqal tetapi ia sebenarnya menunjukkan betapa ceteknya pemikiran kita sehingga tak boleh di banding dengan kuasa Allah..

Cuba kita teliti sebagaimana diberitahu oleh Rasulullah bahawa kota Konstantinople (Constatine) suatu hari nanti akan jatuh ketangan umat Islam....Bayangkan pada ketika itu ramai yang merasakan ianya mustahil atau impossible....Walaubagaimanapun 800tahun slps pemeritahuan Rasulullah, ternyata akhirnya Konstantinople di buka oleh Muhammad al-Fateh...Cukup ironi..Sekali lagi cuba kita bayangkan betapa janji Allah dan Rasul itu adalah benar...

Jika kita perhatikan sehingga ke saat ini sudah banyak perkara2 impossible menjadi possible...Itu semua kuasa Allah...Berbalik kepada aktif, kita mestilah bertindak menyibukkan diri kita dengan kerja2 Islam..

Saidina Umar pernah ditanya oleh seseorang mengenai sebuah masyarakat yang aman dan mengikut landasan Islam, adakah ia akan kekal begitu..Saidina Umar lantas menjawab tidak, belum tentu lagi kerana selagi mana kemungkaran masih mendominasi kebaikan..Lantas orang yang bertanya mengatakan "Habis tu bagaimana kami nak buat?" Saidina Umar menjawab "Ijlis bina nu'min saah yang bermaksud Duduklah kamu dalam majlis ilmu walau sesaat"....Bulu roma saya meremang bila mendengar hadith ini di bacakan...

Shaikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, seorang ilmuan Islam di Baghdad, Iraq melalui bukunya Al-Muntalaq menjelaskan dengan serius dimana beliau menyatakan sekiranya orang yang baik2 tidak berbuat apa2 dengan keadaan genting ghurabanya Islam kini, Allah akan menjadikan orang yang jahat semakin jahat, Allah akan menurunkan bala pada yang baik dan jahat kerana yang baik tidak berbuat apa2(amar ma'ruf nahi mungkar) manakala yang jahat kerana kejahatannya.

nnt akan dicontinue lagi...apa2 pun selamat hari ibu buat ibu saya...terima kasih atas segala nya, mengikut kerenah anak yang seorang ini, ibu lah yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada saya, kami boleh jadi rakan yang kamceng,tanpa ibu siapalah saya, ibu lah tulang belakang saya dalam melakukan amal Islami, memberi inspirasi...ibu sememangnya seorang yang kuat semangat, seni halus daqwah juga di hadamnya....saya mahu jadi seperti ibu!...

Saturday, May 9, 2009

Wesak dan Tamrin

Ahad ni wesak dan petang ni pukul 2 ptg saya ada tamrin...
sehingga esok, memandangkan wesak lusa...saya boleh continue pergi tamrin di GB..
Tamrin IPT yang dijalankan di GB rumah rehat...
Saya amat takut, kekurangan ilmu yang ada menyebabkan saya sedikit gementar..
Apatah lagi sesi bengkel di sertai sahabat2 Qowiy...

Friday, May 8, 2009

kematian hati

Semalam saya memindahkan semua barang2...
K.Meriamah, seorang cikgu di SMASKL tanpa teragak2 memberikan kunci rmh untuk saya...

sekadar perkongsian

Oleh: KH Rahmat Abdullah, Ketua Yayasan Iqro', Bekasi

Banyak orang tertawa tanpa (mau) menyadari sang maut sedang mengintainya. Banyak orang cepat datang ke shaf shalat laiknya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya. Ada yang datang sekedar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa, tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri.

Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada idzin untuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu. Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wudlu di dingin malam, lapar perut karena shiam atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang. Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahwa engkau adalah seorang saleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.

Asshiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gemetar saat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka", ucapnya lirih. Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana, lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya sangat banyak. Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidaksesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang. Mereka telah menukar kerja dengan kata. Dimana kau letakkan dirimu ?

Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan takut. Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa. Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat ma'siat menggodamu dan engkau meni'matinya? Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jenjang kedewasaan ruhani meninggi. Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia ?

Mungkin engkau mulai berfikir "Jamaklah, bila aku main mata dengan aktifis perempuan bila engkau laki-laki atau sebaliknya di celah-celah rapat atau berdialog dalam jarak sangat dekat atau bertelepon dengan menambah waktu yang tak kauperlukan sekedar melepas kejenuhan dengan canda jarak jauh" Betapa jamaknya 'dosa kecil' itu dalam hatimu. Kemana getarannya yang gelisah dan terluka dulu, saat "TV Thaghut" menyiarkan segala "kesombongan jahiliyah dan maksiat" ? Saat engkau muntah melihat laki-laki (banci) berpakaian perempuan, karena kau sangat mendukung ustadzmu yang mengatakan " Jika ALLAH melaknat laki-laki berbusana perempuan dan perempuan berpakaian laki-laki, apa tertawa riang menonton akting mereka tidak dilaknat ?"

Sekarang kau telah jadi kader hebat. Tidak lagi malu-malu tampil. Justeru engkau akan dihadang tantangan : sangat malu untuk menahan tanganmu dari jabatan tangan lembut lawan jenismu yang muda dan segar. Hati yang berbunga-bunga di depan ribuan massa. Semua gerak harus ditakar dan jadilah pertimbanganmu tergadai pada kesukaan atau kebencian orang, walaupun harus mengorbankan nilai terbaik yang kau miliki. Apa beda seorang remaja yang menzinai teman sekolahnya dengan seorang alim yang merayu rekan perempuan dalam aktifitas da'wahnya? Akankah kau andalkan penghormatan masyarakat awam karena statusmu lalu kau serang maksiat mereka yang semakin tersudut oleh retorikamu yang menyihir ? Bila demikian, koruptor macam apa engkau ini?

Thursday, May 7, 2009

Liku2 Kehidupan

Saya dalam perjalanan ke Bandar KT yang mengambil masa kira-kira 2jam dari my hometown. Menjelang Ahad ini saya akan memulakan sesi attachment selama satu bulan di Kompleks Mahkamah KT…Destinasi perjalanan saya agak berterabur kerana ayah akan singgah di Kioks Celcom Dungun bagi membayar bil , kemudian saya akan mengambil barang2 yang bertimbun di stor Univ…menziarahi Tok di Pengadang Baru, Tokki saya ‘keluar 40 hari’ di Miri, Sarawak. Percaya atau tidak Tokki saya memang seorang yang aktif…Begitu juga Tok saya, masih dengan awet mudanya sehinggakan ramai menyangka Tok adalah kakak kepada anak2nya…Lucu bila di ingat2 balik…hehe..
Melalui kawasan penuh dengan rumah sarang burung layang2 – sekitar kawasan ini kebanyakkannya di miliki orang2 cina….deretan warung2 kecil yang makanannya amat2 murah…dengan bingitnya bunyi2 kenderaan lalu lalang bersimpang siur memastikan projek Lebuh raya Pantai Timur Fasa entah keberapa siap tepat pada masanya..Jalan raya banyak yang rosak…dek laluan lori2 dan jentera2 bagi menyiapkan lebuh raya…
Saya suka melihat golongan2 marhaen sebab itu saya suka naik bas bila balik ke rumah…Melihat suka duka, kebahagiaan , pelbagai ragam manusia menyebabkan saya terfikir betapa bertuahnya saya…di lahirkan dengan kurniaan Allah yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Dua nikmat yang tidak boleh di tukar ganti hatta dengan nyawa saya…Apa yang saya bimbangi suatu hari nanti, nikmat itu hilang dari saya. Nauzubillah…
Sehingga saat ini, bila digemburkan dengan virus swine flu, saya sering terfikir seperti juga yang lain, apakah ini tentera Allah yang di utus untuk menghapuskan umat manusia yang engkar pada-Nya…