Sunday, November 15, 2009

Betapa pewaris amatlah penting..introducing Prince Hisahito

Pewaris kelangsungan sunnah Rasulullah amatlah penting..tidak kira kita bercakap dengan sesiapa mereka pasti mengatakan bahawa pewaris lah yang akan menyambung kelangsungan D & T..begitu juga halnya dalam keluarga, anak-anaklah zuriat penyambung juga pewaris untuk meneruskan kelangsungan keturunan mendatang..bercakap tentang pewaris, kita sebagai ummah nabi Muhammad, penutup kepada semua nabi-nabi merupakan pewaris generasi awal (jinul quranil farid) generasi al-Quran yang unik..tanpa penerusan dari kita maka impactnya amatlah besar..bahkan sebagaimana dikatakan oleh Mustafa Mashyur " Masyarakat kita sekarang berada di jurang kehancuran"..dan tanggungjawab untuk memikul risalah nabi tidak mengira sama ada kita berada dalam komuniti kecil jauh di ceruk bumi mana sekalipun..jika adanya kita (orang Islam) di situ, ia adalah tanggungjawab kita..amar ma'ruf nahi mungkar..

Cuba kita renungkan sejenak bagaimana pewaris ini amatlah penting..kita lihat sahaja sistem pewarisan Jepun yang amat mementingkan Monarki iaitu sistem beraja..Sebelum kelahiran anak lelaki Putera Akishino iaitu Putera Hisahito, abang Putera Akishino (Putera Mahkota Naruhito) yang akan memegang tampuk pemerintahan sekiranya bapanya (Raja Jepun) sekarang meninggal mengalami depression melampau begitu juga isterinya Puteri Masako kerana setelah lama menunggu kelahiran anak (mereka berharap mendapat anak lelaki sebagai waris takhta suaminya kelak)...akhirnya pada tahun 2001, Puteri Masako melahirkan Puteri Aiko, tidak seperti yang mereka harapkan..Depression semakin memuncak kerana kelahiran seorang puteri dan bukannya putera sehingga kerajaan Jepun ketika itu bercadang meminda rang undang-undang bagi membolehkan Puteri Aiko memegang tampuk kepimpinan (di Jepun, sistem beraja adalah diberi kepada lelaki) dan menjadikannya Raja Jepun wanita pertama suatu hari nanti...

Namun, pada tahun 2005, isteri kepada Putera Akishino (adik Putera Mahkota Naruhito) hamil dan mereka sekali lagi mengharapkan kelahiran kali ini lelaki...Akhirnya, pada tarikh bersejarah 6 September 2006, seorang putera dilahirkan setelah menunggu lebih 40tahun untuk mendapat pewaris lelaki..menyebabkan seluruh rakyat Jepun gembira (akhirnya mereka tidak perlu meminda rang undang-undang)..dan setelah tujuh hari putera yang bertuah dan mempunyai 2 orang kakak Puteri Mako (sekarang 18 tahun) dan Puteri Kako (sekarang 15 tahun) diberikan nama Putera Hisahito..sekarang umurnya genap 3 tahun plus2..

Relatekan dengan kita, bayangkan untuk pewarisan takhta, sampai Puteri Masako depress sangat2..sehingga jarang di lihat di majlis-majlis keramaian dan jarang dilihat juga di public..kerana mahu lari dari perhatian pihak media..Kita pula sebagai pewaris risalah para nabi mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk pertingkatkan hubungan kita dengan Allah..usia yang ada hanya pinjaman dari Allah dan ia bukan diberikan free bahkan akan disoal hatta sebesar zarah sejauh mana kita gunakan untuk bertaqarrub dengan Allah..





Japanese Imperial Family – (sitting from left) Crown Princess Masako, Princess Aiko, Crown Prince Naruhito, Emperor Akihito, Empress Michiko, Prince Akishino, Prince Hisahito, Princess Akishino;(standing from left) Princess Kako and Princess MakoActually,the Japanese monarchy is the oldest continuous hereditary monarchy in the world still in existence nowadays..



Putera Hisahito celebrate his first birthday, he just look typical baby boy, crawling and playing


on his second birthday, so adorable in Japanese traditional clothes


the latest one, he look so awesome..he is the 3rd line to the throne..

No comments:

Post a Comment