Seorang Ibu sanggup berkorrban apa sahaja untuk anaknya
Seorang guru sanggup bekorban apa saja untuk muridnya..from kalam
Sirah nabi Ibrahim, menerima perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya nabi Ismail sememang amat berat..Bagi insan biasa kemungkinan besar, ia tidak mampu dilaksanakan..Mengapa perlu disembelih anak sendiri, tidakkah itu kejam dan hanya orang yang tidak beraqal sahaja yang melakukannya...Namun, bagi nabi Ibrahim, setiap perintah dari Allah WAJIB dilaksanakan..Allah lebih tahu apa yang terbaik buat ummatnya...
Bagaimana pula penerimaan nabi Ismail ketika itu?..Subhanallah, nabi Ismail menerimanya dengan hati yang terbuka, malah apabila diberitahu oleh ayahnya, ia adalah perintah Allah, nabi Ismail tidak ragu-ragu menyuruh ayahnya melaksanakan perintah tersebut...Sekiranya perkara berkenaan terjadi pada diri kita, apakah kita akan bertindak sebagaimana nabi Ismail atau kita akan melarikan diri menyelamatkan nyawa?...Bagi saya ia amatlah sukar, hanya mereka yang tertentu yang dipilih Allah sahaja yang mampu melaksanakannya...Itulah pengertiaan pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim, berkorban segala perasaan demi tuntutan perintah Allah...
Berkorban2 juga, namun, pada zaman sekarang mereka mentafsirkan pergorbanan dalam angle yang berlainan...Ada yang berkorban demi cinta sehingga maruah tergadai, ada yang berkorban sehingga anak naik kepala tidak ketinggalan berkorban demi mengejar harta etc...Sebenarnya pengorbanan yang sebegitu hanya memakan diri sendiri...mereka telah salah tafsir maksud pengorbanan yang sebenar, di mana ia merujuk kepada pengorbanan demi Islam dan kerna Allah s.w.t..sekiranya pengorbanan kita semakin menjauhkan diri dari Allah itu bukan pengorbanan, malah kita yang terkorban...Nauzubillah...
Di sini saya selitkan sedikit daripada blog kalam mengenai cerita movie Perempuan Berkalung Sorban-juga buah tangan dari Hanung Bramantyo (Pengarah Ayat-Ayat cCnta) dan blogger blog ini mengatakan ia lebih best dari Ayat-Ayat Cinta...saya pun tak pasti kerna belum pun tengok..
Di sini saya sertakan sedikit synopsis:“perempuan berkalong sorban”,apa sebenarnya yang tajuk cerita ini mahu sampaikan..?
perempuan yang berjiwa lelaki,
perempuan yang perlu “sama” seperti lelaki?@perempuan itu zahirnya perlu lemah lembut,bersopan santun tapi perlu punya jiwa yang kental persis lelaki untuk setiap benda dan lapangan…
watak utamanya,
Annisa seorang watak yang sangat ideal,cukup lengkap..seorang kanak-kanak yang menuju remaja terus menuju dewasa dengan pertanyaan kenapa,dan apa yang tidak terjawab..akan tetapi jiwanya yang tidak berhenti mengalah untuk menemukan jawapan dan yang sebetulnya ,dia telah menemukan jawapan tetapi tidak punya pilihan untuk keluar.
Annisa seoramg muslimat fenomena yang menongkah arus untuk mendapatkan apa yang beliau impikan dan nekad untuk itu bermula untuk belajar menunggangi kuda,ingin menjadi ketua kelas,ingin menyambung pelajarannya ke jogja,ingin mendapatkan Khoudori.Kalau dilihat semaunya menyalahi “undang” yang mengawalnya pada waktu itu.
Ini pula pesan Khoudori pada anak-anak Alhuda..
“Pada kesempatan kali ini, saya hendak membicarakan kesetaraan diantara manusia. Termasuk kesetaraan perempuan. Kita harus bijak membedakan mana yang nature dan mana yang non nature. Nature itu adalah perempuan melahirkan dan laki-laki tidak. Sedangkan non nature adalah baik laki-laki maupun perempuan itu memiliki kesempatan dan ruang untuk berekriasi, mengembangkan diri, sampai dengan belajar. Sebenarnya hal-hal seperti perempuan harus di dapur, itu bukan sifat nature. Itu tidak lebih dari tuntutan budaya itu sendiri.”
Muslimat itu perlu tangkas didapur juga di medan..
tangkasnya perlu dimana-mana
Pengajarannya..
setelah 2 kali menamatkan cerita ini,konklusi ringkas..
We have a good product without a good promoter.kita tidak bijak menjual,atau kurang seni untuk itu, atau kurang pandai mempromosikannya seiring dengan tuntunan zaman tanpa mengurangkan sedikitpun manfaat asas product tersebut..hasil dari tu mungkin pandangan skeptical terhadap sesuatu bercambah dijiwa manusia2 ,mungkin kemungcup mengguris dan melambatkan yang atau mungkin barah yang merebak dan memberhentikan..dan sesungguhnya skeptical itu adalah respon daripada satu stimulus..dan stimulus itu yang perlu dirawat terlebih dahulu,daripada kita merawat akibat adalah terlebih baik kita merawat sebab kepada akibat itu..
Mujur “dilemma” itu hadirnya pada diri Annisa,yang mampu melihat the real problem not only the presented problem (anak-anak kabur dari pasentren ) yang akhirnya pulang kembali ke Al-huda untuk merawat sebab dan membuang stimulus dan membawa nafas baru kepada semua warga Al-huda.. tidak seperti annida’ yang terus berpandangan skeptical dan menyebabkan beliau mendapat view baru berkenaan dengan kebebasan..”bebas itu nikmat” dengan tafsiran yang salah
“Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta. Dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi. Syurga janji Allah, ada di telapak kaki kita, PEREMPUAN. Tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan. Mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah JALAN ALLAH dengan rasa BEBAS, dan dengan hati yang ikhlas. Dengan begitu insyaAllah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci.”~Annisa
Nota kaki: Ia Sebuah cerita yang WAJIB ditonton oleh muslimat yang mahu berjiwa besar tentunya..
Bagi saya kata2 Annisa yang last tu memang suka sangat...benar kita adalah calon muslimah itu..Ayuh, sesiapa yang ada cerita ni share lah dengan saya..
salam sue.alhamdulillah, anis dh tgk cerita ni lama dulu..byk tafsiran yang boleh kita buat..in one side, dr sudut prositifnya..ia membuka minda kita bahawa ada sstgh yg mengamalkan islam secara terlalu rigid,ia menampakkan seolah2 islam itu sempit dan mengongkong..
ReplyDeleteSalam, Anis...Sue pun sebenarnya amik aje dalam blog kalam tu..ramai dah tengok sebenarnya..macam anis juga..cuma sue kurang up-to-date movie dari Indon..movie ni byk juga sebenarnya yang beranggapan ianya Liberal..jadi sue tak pasti sangat..nampak cam menarik..tapi faisal tehrani review dari 2 sudut..manakala wahabi review movie ni 'black' terus..
ReplyDelete