Thursday, November 26, 2009

Lambaian Kaabah:Wukuf Di Arafah


berpusu2 wukuf di Arafah from blog misbahul munir

bas yang memang takde di Malaysia from lutfi fotopages

senja di Arafah from lutfi fotopages
Arafah merupakan tempat yang sangat penting pada ibadah Haji, dimana di Arafah ini jamaah haji harus melakukan Wukuf. Wukuf merupakan rukun Haji dan tanpa melaksanakan Wukuf di Arafah maka hajinya tidak sah.

Keadaan di Arafah ini merupakan replika di Padang Mahsyar saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah SWT.Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah SWT, yang membedakan hanyalah kualitas imannya.

Wukuf secara harafiah bererti berdiam diri. Wukuf di Arafah adalah berada di Arafah pada waktu antara tergelincirnya matahari (tengah hari) tanggal 9 Dzulhijah sampai matahari terbenam dengan berpakaian ihram.Pada saat wukuf disarankan untuk memperbanyak doa sambil menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan. Juga memperbanyak taubat memohon ampunan Allah SWT.Sebab saat wukuf adalah saat yang utama untuk berdoa, memohon ampun dan bertaubat.

Selain itu juga perbanyak ibadah lainnya seperti membaca Al Qur'an, takbir, tahmid, tahlil dsb. Selama wukuf jangan sampai melakukan sesuatu yang tidak elok atau tidak sesuai dengan kesucian ibadah saat Wukuf.

Adapun keutamaan Arafah adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW ,"Do'a yang paling baik adalah doa di hari Arafah".
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW juga bersabda ,"Tidak ada hari paling banyak Allah menentukan pembebasan hamba-Nya dari neraka kecuali hari Arafah".

Jutaan umat Islam meninggalkan Mekah menuju ke Arafah. Tidak ada dalam dunia satu hari perjalanan yang paling sibuk dan sesak melainkan perjalanan ke Padang Arafah. Kesesakan yang sangat luar biasa di dunia. Bayangkan ribuan bas akan bergerak menuju ke tempat yang sama. Anehnya setiap jamaah haji berjaya sampai ke Padang Arafah sebelum tempoh wukuf berakhir.

Jarak antara Mekah ke Padang Arafah cuma 21km, masa yang diambil oleh bas yang membawa jamaah haji ke Arafah tidak sama, paling cepat 20 minit boleh sampai dan paling lama sehingga memakan masa berjam-jam. Berada di Padang Arafah tidak diperlukan lama, hanya sekadar berada seketika pada waktu-waktu wukuf sudah memadai dan sah wukufnya.

Di Arafahlah peluang terbaik untuk menumpukan sepenuh hati ibadah kita kepada Allah swt. Doa di Padang Arafah antara yang paling mustajab. Jamaah haji tidak akan melepas peluang untuk membaca al Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan berdoa.


Hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jamaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual. Suasana yang sangat panas terik membayangkan perhimpunan yang lebih besar, lebih panas dan lebih padat iaitu perhimpunan di Padang Mahsyar.

Pada hari Wukuf, jemaah haji akan berhimpun di Padang Arafah selama separuh hari sebelum ke Muzdalifah.
source :hajiumrah & misbahul munir blog..


Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua sahabat2 saya, blogger2 even silent reader..
Banyakkan bertakbir malam ini..disunatkan bertakbir selama 3hari..
malam ini juga kebanyakkan doa dimakbulkan..

Nota Kaki: Pagi tadi saya, ayah dan adik ke bandar Dungun, tujuannya mahu baiki kad bank saya yang di katakan 'inactive'..membeli sedikit stuff untuk buat kek nak jamu Hari Raya dan juga mahu ke Pasar Besar Dungun, nak cari bahan2 buat Soto..So the journey dari rumah of course akan lalui Paka...Nampak obvious, jalan -jalan raya rosak teruk akibat banjir...Alhamdulillah banjir semakin surut...tak pernah saya lihat jalan raya banyak sangat rosak dengan lompang di tengah-tengah..air di sekitar sungai juga melimpah tetapi dalam keadaan terkawal...kalau ikutkan memang nak snap gambar tapi Allah izin, camera adik di Kelantan bawak ari tu..kebetulan pula dia tak balik this Raya sebab exam start lepas habis raya ni...Jadi semalam adik saya bukan main lagi telefon nak tahu resepi untuk masak esok...rajin sungguh dia..mengalahkan saya...dia sememangnya adik yang sangat0-sangat saya rindu..tapi taklifan di sana terlampau banyak menyebabkan dia terpaksa sacrifies masa weekend dari balik rumah and buat kerja amal Islami..moga mendapat Najah...

No comments:

Post a Comment